ft ceo coldplay

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari sebuah syarikat teknologi data Astronomer, Andy Byron kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Coldplay dan penganjur konsert berikutan dengan insiden yang telah melibatkan dirinya ketika hadir ke konsert itu di Foxborough, Massachuestts.

Isu dan kontroversi itu mula tercetus setelah Byron dan wanita yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia dari syarikat sama, Kristin Cabot dirakam menerusi paparan kiss cam ketika sedang bermesra sambil disaksikan oleh ribuan penonton lain.

Artikel berkaitan : Syarikat Astronomer Lantik Bekas Isteri Penyanyi Coldplay Sebagai Jurucakap Sementara Lepas Tular Skandal CEO & HR

Artikel berkaitan : CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay

Ianya tular di media sosial dan menarik perhatian umum bahkan dapat lipyas meluas sehingga ke seluruh dunia. Isu menjadi semakin hangat setelah vokalis Coldplay iaitu Chris Martin berseloroh sama ada pasangan itu ada hubungan sulit atau terlalu malu setelah melihat reaksi mereka yang terkejut dan cuba bersembunyi ssetelah mengetahui mereka dirakam.

Menurut sumber, kenyataan yang diberikan oleh Chris martin itu dianggap tidak sensitif dan memburukkan lagi keadaan dan ekoran dengan penularan itu, Byron dan Cabot meletakkan jawatan mereka di Astronomer.

Screenshot 2025 07 28 171536

Malah pihak lembaga pengarah syarikat juga menjalankan siasatan dalaman dan melantik Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy sebagai CEO interim. Difahamkan Byron kinis edang meneliti pilihan perundangan atas dakwaan tekanan emosi dan pencerobohan privasi.

Diaktakan Byron tidak memberi sebarang persetujuan untuk dirakam atau dipermalukan secara terbuka, dan percaya bahawa kejadian tersebut telah memberikan impan besar terhadapnreputasi dan kejaya profesionalnya.

Biarpun begitu, beberapa pakar undang-undang berpendapat bahawa peluang utnuk Byron ini menang dalam tuntutan tersebut agak tipis kerana di ruangan awam privasi sukar untuk dipertahankan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.