2india

Sekurang-kurangnya tujuh pelajar maut manakala lebih 30 lagi cedera apabila bumbung sebuah sekolah kerajaan runtuh semasa sesi pagi di Sekolah Rendah Kerajaan Piplodi, daerah Jhalawar, Rajasthan.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika pelajar sedang berkumpul untuk bacaan doa. Seramai 35 murid berada di dalam bangunan ketika bumbung dan sebahagian dinding tiba-tiba runtuh menghempap mereka.

Screenshot 2025 07 26 at 10.39.39 AM

Empat pelajar dilaporkan maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital. Sepuluh pelajar telah dirujuk ke hospital daerah, dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal.

Guru, penduduk kampung dan pihak berkuasa bertindak pantas menjalankan operasi menyelamat, menarik keluar mangsa dari runtuhan sebelum bantuan kecemasan tiba.

Screenshot 2025 07 26 at 10.40.26 AM

Kejadian dipercayai berpunca daripada struktur bangunan yang uzur serta hujan lebat berterusan. Aduan mengenai keadaan bumbung retak dan bocor telah lama dikemukakan oleh penduduk, namun tiada tindakan pembaikan diambil sebelum tragedi berlaku.

Baca: Bumbung Berusia 650 Tahun Runtuh Di Anhui, China

Screenshot 2025 07 26 at 10.41.38 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.