“Bukan ke dia yang persoalkan” – Dr Malar Respon Kenyataan Balas Faiz Soul Lepas Buat Teguran

2 days ago 9

Isu pempengaruh yang dijemput ke sebuah majlis di sekolah dilihat masih belum reda, apabila pempengaruh yang dikenali sebagai Faiz Soul itu ada memberikan kenyataan terbuka di mana dia meluahkan rasa terkilan dengan kecaman orang ramai mengenai keberadaannya di sekolah tersebut.

Dia mendakwa yang dia telah dihina tidak layak merasmikan majlis di sekolah hanya kerana berkelulusan SPM. Faiz mempersoalkan sama ada dia seorang yang hina dan jika ada individu yang memegang ijazah mempunyai sumbangan terhadap sekolah.

Artikel berkaitan : “Apa salah saya?”  -Hadir Untuk Perasmian, Pempengaruh Persoal Mengapa Perlu Disiasat?

Artikel berkaitan : “Kementerian memang tak tapis ya?” – Netizen Persoal Pempengaruh Dijemput Rasmi Majlis Di Sekolah

“Mungkin saya tak ada degree, sekurang-kurangnya saya mampu gajikan pekerja ang ada degree dan lebih.”

591180641 17920388826215841 2648384427152747106 n

Berikutan dengan kenyataan tersebut, doktor dan pempengaruh, Dr Malar tampil memberikan respon berbentuk teguran dan nasihat buat Faiz.

Screenshot 2025 12 16 151931

Bagaimanapun, ia membuatkan Faiz merasakan Dr Malar memberikan teguran yang seolah-olah ingin menyindir dirinya.

“Saya bukan orang yang hebat, yang ada PHD, tapi setidaknya saya berjaya walaupun berada di atas tiket SPM, tapi saya tidak pernah sesekali untuk mengarahkan orang untuk tak perlu sambung belajar. Saya percaya yang dalam setiap agama kita, nak kita berjaya.”

“Mungkin awak berjaya dengan dengan gelaran Doktor, tapi saya Faiz Soul yang mungkin hanya ada SPM, tapi Allah bagi rezeki dekat saya untuk berjaya sebagai usahawan,” kata Faiz.

Di samping itu Faiz turut memberikan kenyataan balas terhadap pesanan Dr Malar yang meminta untuk dia untuk sedar diri, Faiz juga ada menjelaskan situasi sebenar penglibatannya dalam majlis tersebut. Boleh tonton video selanjutnya di bawah…

Susulan dengan kenyataan ini, Dr Malar mendakwa dia dikecam teruk di akaun TikTok milik Faiz. Terpanggil dengan kecaman tersebut, Dr Malar tampil memberikan respon terhadap kenyataan balas ini dan membuat permohonan maaf.

Bukan ke dia yang persoalkan sumbangan orang yang ada degree tak macam dia  – Dr Malar

Screenshot 2025 12 16 154044

Dalam pada itu, Dr Malar menyatakan dirinya yang kini dalam emosi tidak stabil memerlukan masa untuk membuat video permohonan maaf tersebut.

Sumber : TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |