zahnita respon rakan niaga spill tea

Nama Zahnita Wilson kembali hangat di media sosial selepas seorang individu yang mendakwa sebagai bekas rakan niaga mendedahkan mengenai kisah rumah tangga aktres berusia 39 tahun itu.

Pendedahan itu telah mengejutkan warganet apabila wanita terbabit mendakwa dirinya sebagai orang yang terawal membantu Zahnita telah dianiaya.

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa segala pendedahan yang dibuat aktres itu sebelum ini adalah tidak benar.

Screenshot 2025 04 11 122828

Artikel berkaitan: “Bukan kena tumb*k tapi” – Bekas ‘Business Partner’ Dedah ‘Plot Twist’ Tentang Sikap Zahnita?

Artikel berkaitan: Individu ‘Spill Tea’ Tentang Zahnita, Dakwa Bekas Model Hanya Reka Cerita?

Zahnita beri respon

Zahnita yang kini menjalankan perniagaan makanan bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Bekas rakan kongsi? Saya tidak rasa begitu.

“Doakan baik-baik sahajalah,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai perasaannya setelah mengetahui kenyataan yang dibuat oleh wanita berkenaan, Zahnita tidak mahu mengambil peduli dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.

“Rasa macam biarlah dia. Allah ada,” ujarnya pendek.

Dalam pada itu, Zahnita sempat menyatakan dia kini sedang sibuk menguruskan tempahan pai yang semakin bertambah.

Terdahulu, individu berkenaan bersuara dan mendakwa pelbagai perkara yang berlaku kelihatan tidak masuk akal sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai rakan niaga beberapa bulan lepas.

Untuk rekod, pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi gambar mata lebam di Instagram dan mendakwa dipukul suami serta suaminya curang.

Susulan itu, Zackery didakwa di mahkamah atas kesalahan mencederakan isteri dan penyalahgunaan dadah.

Zahnita kemudian memfailkan cerai pada 3 Disember akibat tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.