Pendakwah bebas, Dr Rozaimi Ramle tampil memberi teguran kepada mereka yang memberi ulasan palsu terhadap sesebuah perniagaan di platform seperti Google Review.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menjelaskan tindakan terbabit adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.
Malah perbuatan memberi rating palsu tanpa pernah merasai produk atau perkhidmatan sesebuah premis itu boleh menjatuhkan imej dan rezeki peniaga secara tidak adil.
Teguran itu dibuat susulan heboh mengenai ulasan palsu yang diberikan kepada restoran milik usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming iaitu Rembayung yang masih belum dibuka.

Artikel berkaitan: “Busuknya hati” – Restoran ‘Rembayung’ Khairul Aming Belum Buka, Tapi Sudah Terima 1 Bintang Di Google Review
Artikel berkaitan: “Makan dalam weh” – Dr Rozaimi Bagi Jawapan ‘Savage’ Pada Pertanyaan ‘Takwim’ Siti Kasim
“Terbaru saya melihat dalam laman sosial, ada pihak yang memberikan rating hanya 1 bintang pada kedai Khairul Aming. Walhal restoran itu belum memulakan operasi lagi.
“Ini menunjukkan mereka belum menerima servis daripada kedai tersebut, tapi telah memberikan 1 bintang atau review palsu.”
Tegasnya, hukum melakukan perbuatan berkenaan adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar.
“Memberi penyaksian palsu ataupun kata-kata palsu merupakan salah satu dosa besar dalam agama. Nampak kecil, namun impaknya besar,” jelasnya.
Selain itu, teguran juga diberikan kepada mereka yang sengaja meninggalkan rating negatif hanya kerana berbeza pandangan politik atau mahu memboikot peniaga tertentu.
Katanya, ulasan seharusnya diberi dengan jujur selepas menerima perkhidmatan, bukan sekadar mengikut emosi atau gerakan tertentu yang boleh memfitnah dan menzalimi pihak lain.
Sumber: Facebook

11 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















