a4a96b89 09c8 45de a709 702e1365be68

Kejayaan skuad ekuestrian polo negara meraih pingat emas di Sukan SEA 2025 bukan sahaja membanggakan, malah diserikan dengan gurauan bersahaja Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang berjaya mencuit hati netizen.

Dalam satu video tular, Tengku Arif Bendahara Pahang juga sempat berseloroh selepas perlawanan akhir dengan menyatakan beg pasukan mereka kini terlalu berat kerana dipenuhi pingat emas.

“Beg kami berat sikit kali ini. Harap kerajaan boleh tolong belanja lebihan had bagasi sebab ada emas dekat dalam,” katanya.

Kenyataan bersahaja itu dikongsikan di media sosial dan pantas mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gaya rendah diri baginda meraikan kejayaan besar negara.

600356948 867225916063146 2077284688674943778 n

Artikel berkaitan: Berjaya Capai Sasaran, Malaysia Raih Lebih 200 Pingat Di Sukan SEA 2025 Thailand

Artikel berkaitan: “Permaisuri sendiri masuk bertanding!” – 3 Keluarga Diraja Ini Sertai Sukan SEA 2025

Dalam perlawanan akhir kategori 4-6 Gol yang berlangsung di Samut Prakan, Thailand, skuad negara berjaya menewaskan tuan rumah dengan keputusan 10-6.5, sekali gus menghadiahkan satu-satunya pingat emas buat kem polo Malaysia pada edisi kali ini.

Lebih manis, kemenangan tersebut turut menyamai pencapaian ayahandanya yang pernah meraih emas dalam acara sama pada temasya Sukan SEA 1983.

“Alhamdulillah, ini hasil kerja berpasukan. Semua bermain dengan strategi dan semangat yang tinggi,” katanya lagi.

Selain pingat emas, pasukan negara turut membawa pulang pingat gangsa dalam kategori 2-4 Gol, sekali gus melengkapkan pencapaian membanggakan skuad polo Malaysia di Sukan SEA 2025.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.