Penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di belakang sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, Terengganu membongkar perbuatan sumbang mahram remaja perempuan berusia 16 tahun dengan adik lelakinya sendiri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung bayi yang baru lahir itu pada petang semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu melakukan hubungan terlarang dengan ahli keluarga hingga melahirkan anak tanpa pengetahuan sesiapa. Suspek dipercayai membuang bayi itu sebelum ditemukan oleh penghuni rumah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel berkaitan: “Haiwan pun pandai jaga anak sendiri” – Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Longgokkan Sampah
Artikel berkaitan: “Diletak elok dalam bekas” – [VIDEO] Tukang Cat Terjumpa Bayi Dibuang Berhampiran Pusat Tahfiz

Jelasnya, Seksyen 317 Kanun Keseksaan ialah berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Pada masa yang sama, siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.
“Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan,” katanya.
Polis turut memaklumkan pihaknya telah menahan reman remaja lelaki berusia 14 tahun selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Manakala remaja perempuan terbabit kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sumber: Sinar Harian

9 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















