sekolah terbakar

Sebuah bangunan sekolah menengah iaitu SMK Lahat di Perak terbakar semalam pada [agi Sabtu ketika majlis mesyuarat PIBG sedang diadakan di sekolah tersebut.

Menurut laporan ALHIJRAH, kebakaran itu melibatkan tiga buah kelas pembelajaran, dua stor, sebuah bilik khas dan bilik pendidikan seni yang terletak di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Difahamkan, masa lebih kurang lima jam telah diambil oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk memadamkan keseluruhan api kebakaran.

9

Artikel berkaitan: Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Sahkan Tiada Kesan Gangguan Fizikal Pada Paip

Artikel berkaitan: Kebakaran Gas Putra Heights: Airbnb Tawar 78 Kediaman Sementara Untuk Mangsa

@bharianmy

Mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Lahat di Ipoh, yang diadakan bersama jamuan bertukar cemas apabila bangunan tiga tingkat sekolah itu mengalami kebakaran, hari ini. beritaditiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Meskipun kejadian kebakaran itu berlaku ketika mesyuarat PIBG dan jamuan sedang berjalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana mesyuarat berkenaan dilakukan di sebuah bangunan lain dalam kawasan sekolah tersebut.

Sumber: ALHIJRAH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.