Bakal Digunakan Ketika Lawatan Rasmi Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Kenderaan Rasmi Presiden China

1 day ago 10

Ketika ini, kerajaan sedang melakukan persediaan menyambut kunjungan Presiden China, Xi Jinping yang akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula esok.

Sempena lawatan ini, sebanyak 17 laluan utama di Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan.

Artikel berkaitan: 17 Jalan Sekitar KL dan Putrajaya Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Xi Jinping

Artikel berkaitan: Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa ‘Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka

Dalam pada itu, satu hantaran gambar di media sosial memaparkan kereta berbalut kain hitam yang berada di sebuah bangunan kerajaan telah menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, kenderaan tersebut merupakan kenderaan rasmi yang akan digunakan Xi Jinping sepanjang lawatan rasminya di sini.

b1wqlnxa1lue1

Kenderaan mewah yang berperisai tinggi

Kenderaan rasmi Presiden China ini bukanlah hanya sekadar kenderaan biasa. Ia sebenarnya kereta mewah berperisai tinggi buatan China, Hongqi N701 yang turut menjadi perhatian dunia.

Hongqi, yang bermaksud ‘Bendera Merah’, ialah jenama kereta mewah di bawah syarikat FAW Car Co, iaitu pengeluar kereta tertua di China sejak 1959.

Dalam dunia politik global, Hongqi bukan sekadar kenderaan, sebaliknya ia merupakan simbol kuasa.

Sejak awal penubuhannya, Hongqi berfungsi sebagai pembuat kenderaan khas untuk pegawai tertinggi kerajaan China.

c

Kereta rasmi ini berukuran 18 kaki panjang, seberat sekurang-kurangnya 3.1 tan dan dikuasakan oleh enjin V12 turbocharged bersesaran enam liter dengan kuasa 408 kuasa kuda.

Meskipun besar dan berat, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 136 batu sejam (lebih 218 km/j).

Hongqi N701 memiliki ciri keselamatan yang luar biasa, dilengkapi dengan plat perisai tahan roket, tayar getah 21 inci kalis peluru, tingkap kaca tebal kalis peluru serta sistem perlindungan daripada senjata kimia dan biologi.

491714074 638991595793833 3300725347999183379 n

Kebanyakan spesifikasinya dirahsiakan atas faktor keselamatan negara, namun sudah cukup diketahui bahawa ia direka khas untuk melindungi pemimpin tertinggi China daripada sebarang ancaman.

Untuk info, kereta L5 yang menjadi asas kepada N701 pernah dinobatkan sebagai kereta buatan China paling mahal dengan harga sekitar USD700,000 (anggaran RM3.3 juta).

Sempena lawatan esok, Xi Jinping akan disambut dengan istiadat sambutan negara dan diikuti dengan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Sumber: Malaysia GazetteDaily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |