“Arwah Nurly buat saya kenal erti cinta kepada Allah” – Warga Perancis Luah Rasa Terharu, Lama Simpan Hasrat Ziarah Pusara Nurly

5 hours ago 7

Walaupun tragedi kemalangan bas yang meragut nyawa pelajar UPSI, Nurly Sahirah Azman sudah hampir dua bulan berlalu, kisahnya masih meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Perancis bernama Muhammad Aris dan adiknya, Fatimah, datang menziarahi pusara arwah di Besut, Terengganu.

Kehadiran mereka menjadi tular selepas satu video dimuat naik di media sosial. Menurut bapa arwah, Azman Mohamad, 63, dua beradik itu datang pada hari Jumaat.

Jelasnya, Muhammad Aris merupakan seorang wartawan televisyen di Perancis, manakala Fatimah kini bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya, mereka sudah lama menyimpan hasrat untuk menziarahi pusara Nurly selepas mendengar berita tentang tragedi itu.

Apa yang lebih istimewa, mereka berkongsi pengalaman menghidu haruman wangi ketika berada di pusara arwah.

Artikel berkaitan: Keluarga Nurly Sahirah Terima Tetamu Pada Waktu Yang Ditetapkan Sahaja, Dari Jam 9 Pagi Hingga 6 Petang

Artikel berkaitan: Tak Halang Orang Ramai Dari Ziarah Pusara Arwah, Tapi Perlu Jaga Adab Ketika Ke Tanah Perkuburan – Bapa Nurly Sahirah

519693609 1232636572237779 3539107594283974914 nTangkap layar video yang tular di media sosial menunjukkan Muhammad Aris menziarahi pusara arwah Nurly Sahirah di Besut, Terengganu.

Lebih menyentuh hati, Aris mengakui bahawa kisah arwah Nurly telah mengubah pandangannya tentang kehidupan dan agama.

“Saya seorang Muslim. Saya datang kerana ingin mendekatkan diri dengan orang yang mencintai Allah. Arwah ini yang menyebabkan saya semakin mengenali Islam,” katanya.

Aris juga berazam untuk menghabiskan bacaan al-Quran apabila pulang ke Perancis nanti. Katanya, dia belum khatam al-Quran, tetapi pengalaman di Besut memberi kekuatan untuk melakukannya.

Dalam pada itu, Fatimah pula menjelaskan bahawa dialah yang mengajak abangnya datang ke pusara tersebut.

Dia rasa terpanggil selepas mengetahui arwah merupakan pelajar yang menghafaz al-Quran dan meninggal dunia dalam keadaan sedang menuntut ilmu.

“Saya ucap tahniah kepada pak cik kerana berjaya mendidik anak dengan baik. Semoga Allah merahmatinya,” katanya.

Difahamkan, pusara Nurly masih diziarahi setiap hari oleh orang ramai. Pada hari Sabtu lalu sahaja, lebih 3,000 pengunjung datang. Hari biasa pun masih ada ratusan orang yang hadir untuk menziarahi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |