1dt

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggantikan Meja Resolute berusia 145 tahun di Oval Office White House dengan Meja C&O, yang dikatakan sebagai pertukaran sementara.

Memetik laporan NDTV, keputusan ini dibuat selepas insiden melibatkan anak Elon Musk, yang mencuri perhatian ketika kunjungannya ke White House. Kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat membuat bunyi aneh dan memicit hidungnya berhampiran meja ikonik itu.

Screenshot 2025 02 23 at 11.47.38 AM

Trump yang sebelum ini mengaku sebagai seorang germophobe (individu yang geli akan kuman dan kotoran), memuat naik gambar meja baharu dan menjelaskan bahawa Meja Resolute berusia 145 tahun itu sedang dibaiki.

Seorang Presiden selepas pilihan raya boleh memilih satu daripada tujuh meja. Meja C&O ini pernah digunakan oleh Presiden George H.W. Bush dan lain-lain. Ia dipasang sementara di White House sementara Meja Resolute menjalani proses pemulihan ringan.”

Screenshot 2025 02 23 at 11.47.08 AM

Meja Resolute ialah hadiah Ratu Victoria kepada Presiden Rutherford B. Hayes pada tahun 1880 dan ianya telah digunakan oleh hampir semua presiden sejak itu. Kali pertama ia ditempatkan di Pejabat Oval adalah atas permintaan John F. Kennedy pada 1961.

Walaupun tiada pengesahan rasmi bahawa pertukaran meja ini berpunca daripada insiden anak Elon Musk, ia tetap mencetuskan spekulasi hangat.

Baca: Pentadbiran Trump Nama Semula Teluk Mexico, Kini Dikenali Sebagai Teluk Amerika

Screenshot 2025 02 23 at 11.46.02 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.