“Air dah makin deras…” – Wartawan Pakistan Hanyut Ketika Liputan Banjir, Detik Cemas Dirakam Secara Langsung

1 day ago 10

Detik cemas seorang wartawan televisyen Pakistan yang hanyut dibawa arus deras ketika membuat liputan secara langsung di kawasan banjir menjadi tular dan menggemparkan netizen seluruh dunia.

Mangsa, Ali Musa Raza, dilaporkan sedang menjalankan tugas untuk stesen tempatan Ruhi TV pada Isnin lalu di kawasan Koh Sulaiman, berhampiran Sakhi Sarwar di selatan Punjab yang terjejas teruk akibat hujan lebat berterusan.

Rakaman video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan Raza berdiri dalam air banjir yang dera  dengan hanya kepala dan mikrofon kelihatan ketika beliau cuba menstabilkan diri sambil menyampaikan laporan.

Dalam klip tersebut, dia sempat memberi amaran bahawa arus semakin kuat dan berbahaya.

“Anda boleh lihat air sedang menolak saya ke hadapan, sukar untuk berdiri dengan stabil di sini. Saya rasa saya perlu ambil langkah keselamatan segera,” katanya, sebelum secara mengejut dihanyutkan arus beberapa saat selepas itu.

Setakat ini, status terkini wartawan berkenaan masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa atau saluran televisyen berkenaan.

Artikel berkaitan: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Kejadian Banjir Di Shah Alam

Artikel berkaitan: Sengsara Kebakaran Saluran Gas Belum Reda, Banjir Pula Melanda Penduduk Kampung Tengah Puchong

Insiden tragik itu berlaku ketika Pakistan sedang dilanda bencana banjir besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 54 nyawa dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut laporan rasmi pada Khamis.

Angka korban keseluruhan sejak bermulanya musim monsun lewat Jun lalu kini dianggarkan melebihi 180 orang.

Hujan lebat luar biasa di wilayah Punjab mencatatkan peningkatan curahan hujan sebanyak 124 peratus antara 1 hingga 15 Julai berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala data dari Jabatan Meteorologi Pakistan menunjukkan keseluruhan negara menerima 82 peratus lebih banyak hujan berbanding Julai 2024.

Keadaan bertambah buruk apabila berlakunya kejadian “cloudburst” di daerah Jhelum yang mencetuskan banjir kilat, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan bot untuk memindahkan penduduk yang terperangkap.

Screenshot 2025 07 19 115803Tangkap layar daripada video tular yang menunjukkan wartawan Ruhi TV, Ali Musa Raza, ketika sedang membuat liputan banjir di Koh Sulaiman, selatan Punjab sebelum dihanyutkan arus deras.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan (NDMA), kebanyakan kematian melibatkan runtuhan rumah, lemas, renjatan elektrik dan banjir kilat, khususnya di kawasan luar bandar dan pergunungan.

NDMA turut mengeluarkan amaran banjir terkini dan menggesa pihak berkuasa tempatan untuk terus berwaspada.

Pelancong juga dinasihatkan agar mengelak mengunjungi kawasan berisiko tinggi yang terdedah kepada tanah runtuh dan halangan jalan raya.

Bencana ini turut menyebabkan beberapa kawasan di Rawalpindi lumpuh, dengan liputan televisyen menunjukkan pasukan tentera menggunakan helikopter bagi menyelamatkan penduduk yang terkandas di atas bumbung rumah akibat banjir kilat.

Hujan dijangka akan berterusan di Islamabad, Kashmir yang ditadbir Pakistan serta beberapa wilayah lain dalam tempoh terdekat.

Sumber: LiveMint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |