ft agong tegur isu jalur gemilang

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyifatkan kesilapan dalam memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang terjadi dan disiarkan di muka depan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina itu sebagai satu perkara yang tidak boleh diterima.

Titan Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti bagi sesebuah negara itu yang sama sekali tidak boleh dipersendakan.

Artikel berkaitan : Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Bahasa Cina Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan

Titah baginda lagi, ia bukanlah sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, namun ada mengandungi simbolik perjuangan, sejarah, kemerdekaan dan semangat buat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.”

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.”

Titah baginda menerusi Facebook rasminya lagi, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar itu seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran itu terlebih sebelum disiarkan.

Sumber : Facebook, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.