Konsert penyanyi K-Pop terkenal, G-Dragon di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menimbulkan kekecewaan di kalangan peminat Malaysia.
Ramai peminat yang menyalahkan pengurusan acara yang lemah untuk isu tersebut, ramai mendakwa tiket dibeli dengan cepat oleh peminat luar negara terutamanya dari negara China. Disebabkan itu, ramai peminat di Malaysia tidak berpeluang membeli tiket penyanyi sensasi Korea itu.
Artikel berkaitan: Individu Ini Kongsi Kisah Lucu, Nak Beli Tiket Ke Konsert G-Dragon Tapi Tersilap Beli Tiket Kenny G Pula
Artikel berkaitan: CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay
Perkara itu membuatkan ramai peminat G-Dragon terpaksa mendengar dari luar stadium Axiata Arena sahaja, ada juga yang berkongsi terdapat scalper yang menjual tiket di luar stadium dengan harga yang jauh lebih mahal.
CAT8 hadir 🙋🏻♀️.
Penat ah. Scalpers je yg jual ticket kat venue. Kalau nak masuk, memang kena beli dari scalpers. Sorry GD, we Malaysians could not go inside to see you, next time we will see you again but hopefully with a different organiser 🥺#GDRAGONINKL #GDinKL#GdragoninMY pic.twitter.com/GKN8vSCSAx
— Jade Woo (next: RIIZE ➡️ Hyeri ➡️ Baekhyun ➡️ D.O (@jadesw_97) July 19, 2025
Difahamkan, wakil daripada pihak G-Dragon turun padang dan mendengar keluhan peminat, pihaknya meminta nota bertulis untuk diberikan kepada pihak Übermensch .
GD’s Übermench crew came outside of the stadium and asked to leave a message to GD. When it ended me and other Fams all started crying. We are all victims of EO’s unfairness. #GDRAGONinKL #GDinKL pic.twitter.com/SLOdMYP9G2
— farah (@t_o_p_class) July 20, 2025
Setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan daripada pihak penganjur iaitu Star Planet Malaysia susulan dakwaan tersebut.