Boleh dikatakan iklan raya antara perkara yang dinantikan setiap tahun ketika musim perayaan Aidilfitri.
Kalau diperhatikan, setiap syarikat begitu komited mengeluarkan iklan raya yang berjaya untuk menarik hati penonton. Seperti tahun sebelum ini, tahun ini juga tidak kurang hebatnya iklan raya yang dihasilkan.
Sempena raya kali ini, kami senaraikan beberapa iklan raya menarik buat tontonan korang.
Artikel berkaitan: 6 Iklan Hari Raya Paling ‘Best’ Tahun Ni, Korang Dah Tengok Ke Belum?
Artikel berkaitan: “Ada sedih, happy dan geli hati” – 6 Iklan Raya Tahun Ni Yang Korang Confirm Kena Tengok, Semua Best Belaka!
1. Anak Siapa Ni? – Petronas
Ketika hari raya barulah kita bertemu saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa sehingga ada yang sampai tak ingat siapa kita ni kan?
Iklan dari Petronas tahun ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang diamanahkan ibunya untuk bertemu sepupu kepada arwah bapanya di kampung.
Kehadirannya disapa mesra oleh sepasang suami isteri ini walaupun tidak berapa mengingati dirinya. Tapi rupanya ada plot twist di hujung kisah!
2. Salam – Bank Rakyat
Setiap tahun Bank Rakyat menyajikan iklan raya yang begitu menjentikkan emosi kita semua.
Menampilkan pelakon versatil Beto Kusyairy, Salam mengisahkan dua anak lelaki bersama bapa datang ke masjid untuk solat sunat hari raya.
Namun, salah seorang anaknya bersikap sedikit kurang mesra dengan bapanya. Selepas solat, berlaku satu insiden yang menjentikkan hati si anak ini.
3. Selamat Lari Raya – Julie’s Biscuits
Filem pendek oleh Julie’s Biscuits ini membawa penonton dalam perjalanan untuk mencari kemaafan buat diri sendiri.
Mengisahkan tentang betapa besarnya kasih sayang seorang datuk, dia cuba membantu cucunya untuk memaafkan diri sendiri atas kesilapan lampau. Dia berusaha untuk membiarkan dirinya ditahan supaya dapat bertemu dengan cucunya yang dipenjara.
4. Bawa Balik Yang ‘Itu’ – Farm Fresh
Katanya iklan raya yang dibawakan oleh Farm Fresh paling kelakar untuk tahun ini. Betul ke?
Bagi yang masih bujang atau anak dara, soalan yang sering diterima bila pulang beraya adalah ‘bila nak kahwin?’.
Iklan ini mmemaparkan kisah anak muda yang berusaha mencari sesuatu yang diinginkan oleh ibunya untuk menyempurnakan suasana raya mereka.
5. Kias Rindu – PLUS
Bila anak dah meningkat dewasa dan berhijrah untuk mencari nafkah sendiri, ibu bapa pula yang akan merasa sunyi.
Iklan yang dibawakan oleh PLUS ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang mencari alasan agar anak-anak mereka pulang ke kampung pada bulan Ramadan demi meluangkan masa bersama.
6. Raya Penuh Makna – MR. DIY
Konsep yang dibawakan oleh MR. DIY memang lain daripada iklan raya yang lain. Bagi kaum hawa, mereka akan mengambil peluang di bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan sebab mahu tampil cantik dalam menggayakan baju raya.
Namun, kita sering lupa bahawa Hari Raya Aidilfitri bukanlah bertujuan untuk tampil cantik semata-mata, tetapi demi meraikan hari penuh gembira itu bersama orang tersayang.
7. Raya Tanpa Lelaki – Cosmoderm
Korang boleh bayangkan tak apa yang akan terjadi kalau para lelaki tiada di muka bumi ini dan hanya wanita sahaja yang meraikan hari raya. Semua kerja yang sinonim dengan para lelaki di hari raya, terpaksa kaum hawa lakukan.
Mengambil konsep kisah legenda Sumpahan Mahsuri, lima permaisuri perlu menghilangkan sumpahan dan memulihkan semula suasana raya yang sepatutnya.