Empat orang terkorban manakala empat lagi cedera dalam satu kejadian serangan bersenjata pisau yang disertai penggunaan bom asap di Taipei, Taiwan pada Jumaat, menurut laporan media tempatan.

Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30 petang apabila seorang lelaki bertopeng gas membaling bom asap di Stesen Utama Taipei, salah satu hab pengangkutan awam paling sibuk di bandar berkenaan. Tindakan itu menyebabkan suasana panik dan seorang orang awam mengalami kesukaran bernafas.

Suspek kemudiannya menyerang mangsa terbabit dengan senjata tajam, mengakibatkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek bertindak agresif sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
Serangan berkenaan berlanjutan apabila suspek menuju ke kawasan komersial berhampiran Stesen Metro Zhongshan dan menyerang beberapa individu lain. Enam orang cedera dalam kejadian susulan itu, dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Suspek yang dikenal pasti sebagai lelaki berusia 27 tahun turut maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan ketika cuba melarikan diri daripada kepungan polis. Pihak berkuasa memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar serangan tersebut.
Sumber: Astro Awani

2 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















