penerjun base jump tersasar dari lokasi pendaratan

Seorang penerjun base jump dilaporkan tercedera manakala dua lagi penerjun terselamat apabila mereka tersasar dari lokasi pendaratan ketika menyertai acara base jump di Menara Kuantan 188 semalam.

Menurut laporan BERNAMA, kejadian tesebut berlaku ketika acara Base Jump Extreme Challenge yang dianjurkan bersempana dnegan Pesta Kuantan 188 di negeri Pahang semalam.

Penerjun base jump, Zainal Chik yang berusia 62 tahun dilaporkan telah cedera selepas mangsa terjatuh ke kawasan yang bersimen selepas tersasar dari lokasi pendaratan yang sebenar.

Keadaan mangsa yang cedera walau bagaimanapun kini telah stabil setelah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan.

Artikel Berkaitan: Bintang Filem, Florence Pugh Melompat Dari Menara Merdeka 118 Untuk Filem Terbaru Marvel

Artikel Berkaitan: “Gayat weh” – Orang Ramai Terpegun Tengok Pekerja Ini Cuci Menara Berkembar KLCC

Dua lagi penerjun yang turut sama tersasar dilaporkan terselamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

base jump

Dua penerjun tersebut yang salah seorang dari mereka merupakan penerjun dari Australia telah tersangkut pada pokok manakala seorang lagi penerjun warga tempatan pula tersasar jatuh di kawasan sungai.

Menurut polis, keadaan cuaca iaitu angin kencang serta faktor teknikal ketika membuat pendaratan dipercayai menjadi punca insiden yang melibatkan tiga orang penerjun base jump berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.