ft view chin sermine

Pernah menjadi tumpuan netizen dahulu kerana kemesraan mereka, pasangan pempengaruh yang kini sudah berpisah, View Chin dan Shermine Ah Moi dilihat masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka.

Menerusi hantaran Shermine, dilihat dia meraikan Hari Ibu bersama bekas suaminya dan anak-anak di sebuah restoran mewah.

Artikel berkaitan : Shermine Sebut View Chin Bawa ‘Girlfriend’ Bercuti Dengan Anak-anak Cetus Tanda Tanya Netizen

Artikel berkaitan : “Bini pertama ada muka dalam ni ke” – Netizen ‘Meluat’ Lihat Mira Tanya Pasal Isteri Lama View Chin Dalam Video

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shermine mengucapkan terima kasih buat View Chin kerana belanjanya makan sebagai tanda penghargaan seorang ibu kepada anak-anak mereka.

“Terima kasih bekas suami sebab makan malam raikan hari ibu. Setahun sekali, mestilah kena bawa tempat kaw-kaw.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang gembira melihat sikap profesional yang ditonjolkan mereka untuk kebaikan anak-anak biarpun sudah berpisah.

Screenshot 2025 05 15 133016 Screenshot 2025 05 15 133036 Screenshot 2025 05 15 133119

Demi anak-anak pasangan yang berpisah berbaik-baiklah, tak perlu heret anak-anak dalam masalah kita.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.