ft elly mazlein

Penampilan baharu daripada penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina ini dilihat telah menjadi tumpuan para peminatnya sebelum ini.

Sudah semestinya ramai yang tumpang gembira melihat penghijrahannya. Bagaimanapun, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tidak menafikan bahawa dia berdepan dengan dugaan namun dirinya cekal.

Artikel berkaitan : “Saya tak ada masalah dengan mereka” – Haziq Hussni Enggan Masuk Campur Kemelut Elly Mazlein & Jihan

Artikel berkaitan : “Syombong hebat kasi turun sikit” – Produksi ASGV Tak Pasti Elly Mazlein Sindir Dekat Siapa

Jelas Kak Lina, keputusannya untuk berhijab itu bukanlah sekadar percubaan atau mengikut trend, ia adalah satu keputusan yang muktamad buat dirinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Elly ada memberikan penjelasan untuk elak salah faham jika ada video lakonannya yang memaparkan dirinya masih belum berhijab.

“Kalau nampak Kak Lina belum berhijab dalam mana-mana video, itu rakaman lama ya. Sekarang, alhamdulillah, Kak Lina sudah berhijab sepenuhnya.”

Dalam kegembiraan tentang perubahan positifnya itu, Kak Lina tidak menafikan bahawa ada menerima beberapa ujian.

“Ada yang tanya macam mana kerja selepas berhijrah. Selepas perhijrahan ini, ada kontrak tiba-tiba ditamatkan. Lepas itu, ada yang kita dah bincang, tiba-tiba tarik diri. Pelbagai dugaan selepas berhijab.”

Bagaimanapun, Elly menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan untuk menaikkan semangatnya lagi untuk terus mara ke depan.

“Setiap kerja yang hilang, Insya-ALLAH akan diganti dengan rezeki yang lebih baik tanpa disangka.”

Oleh itu, Kak Lina menzahirkan rasa syukur atas sokongan peminat. Penyanyi lagu “Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan” ini juga memohon doa orang ramai dan begitu juga dirinya mendoakan netizen agar dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikelilingi orang baik.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.