Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengumumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat mengenai rayuan Bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengelak daripada sabitan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 7 tahun bersertakan 2 sebatan, dan denda RM10 juta atas 4 kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Sebanyak 3 panel hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari tadi.
Artikel berkaitan : Hadir Ke Mahkamah Untuk Bagi Sokongan, Syed Saddiq Anggap Bella Astillah Wanita Luar Biasa
Artikel berkaitan : Diusik Suruh Buat Majlis Kahwin Anak Di Stadium, Ini Respon Ibu Syed Saddiq
“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari. Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan.”
Prosiding tersebut bemrula dengan peguam yang mewakili Ahli Parlimen Muar itu iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abide berhubung kes berkenaan. Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan tarikh hujahan bagi kedua-dua pihak iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Oleh itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid pada 9 Nobember 2023 lalu telah menjatuhkan hukuman itu selepas Syed Saddiq didapati bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Bagaimanapun, menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal’. Namun begitu, Syed Saddiq masih lagi dibenarkan untuk memohon penangguhan perlaksaan hukuman yang dihadapi sementara rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Syed Saddiq yang juga merupakan Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu memfailkan rayuan berkenaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi, beliau memberikan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes itu serta mengetepikan hukuman terbabit.
Sumber : Sinar Harian