wanita sound lelaki miang rakam video

Ada sahaja kes wanita menjadi mangsa gangguan seksual yang dilaporkan sejak belakangan ini.

Baru-baru ini, berlaku kejadian seorang lelaki berhidung belang telah mencuri rakam sekumpulan wanita di sebuah restoran mamak.

Kejadian berlaku apabila salah seorang wanita menyedari gerak-geri mencurigakan lelaki berkenaan.

Artikel berkaitan: Mahasiswa Kantoi Rakam Ibu Hamil Di Pasar Raya, Didakwa Banyak Simpan Video Untuk Kepuasan Diri

Artikel berkaitan: Polis Tahan Duda Anak 3 Rakam Baw*h Kain Pelajar Sekolah

“Kawan saya datang dekat dia untuk tanya betul ke tak dia rakam kami. Kemudian, dia cakap tak ada sambil geleng-geleng. Saya memang rasa tak sedap hati. Memang saya teman terjah sekali.”

Menerusi video yang dikongsikan itu, rakan-rakannya menyelar tindakan menjijikkan lelaki terbabit dan merampas telefonnya kerana bimbang jika ada video yang berjaya diambil atau dihantar ke mana-mana pihak.

Screenshot 2025 05 15 171843

Salah seorang daripada rakan wanita itu bertanya sama ada dia merakam mereka atau tidak, tetapi lelaki itu menafikan dakwaan tersebut.

Menurut wanita itu, selepas disiasat, ternyata benar lelaki tersebut telah merakam secara senyap video mereka sedang berbual.

“Waktu ni memang aku dan kawan-kawan hilang sabar. Lantaklah orang sekeliling nak pandang macam mana. Dia cakap dia rakam satu video sahaja, tapi sebenarnya banyak kali.

“Sebab kita orang perhati dia. Kita orang cakap nak bawa dia pergi balai polis sebab balai memang sebelah mamak ni sahaja,” ujarnya.

@e.ndr4

Girls pls be extra careful 😭 jijik geli semua ada.

♬ original sound – Ikan bilis mama – Ikan bilis mama

Cubaan lelaki berkenaan untuk melarikan diri turut digagalkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan, mereka telah membawa pelaku ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian terbabit.

Namun setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkenaan tindakan lanjut yang akan diambil terhadap lelaki tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.