Majlis penganugerahan The Knights Award musim ke-4: Beyond Borders kembali lagi memeriahkan dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC pada 7 Oktober 2025 lalu.
Acara elit yang diasaskan oleh tokoh usahawan visioner, Dr. Zyro Wong ini telah dianjurkan bersama Commonwealth Youth Innovation Centre yang merangkumi 56 negara anggota, serta diserikan dengan kehadiran para diplomat dan pemimpin berpengaruh dari pelbagai negara.
Majlis Tertinggi (Council of Lords)
Majlis berprestij ini turut diserlahkan dengan penglibatan barisan Majlis Tertinggi (Council of Lords), yang terdiri daripada tokoh-tokoh ternama dan berpengaruh yang memegang mandat untuk menilai serta memilih para penerima anugerah.
Antara barisan Majlis Tertinggi (Council of Lords) yang hadir adalah:
- Dr. Zyro Wong – Presiden Majlis
- YBM Adjunct Prof. Dato’ Sri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja – Pengasas & Pengerusi Islamic Fashion Festival
- Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Pengarah Oriental Kopi Holdings Berhad
- Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat, Presiden Malaysia – China Silk Route Business Chamber
- Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon – Pengasas dan Presiden pertama Universiti Multimedia (MMU)
- JJ Delgado – Individu di sebalik kejayaan International Sales Day terbesar dalam sejarah Amazon
- Puan Sri Datuk Dr. Shariffa Sabrina – Presiden Women’s Sport Fitness Foundation Malaysia
- Dato’ Aaron Aziz – Pelakon dan penerbit antarabangsa
- Dato’ Sasikala Devi Subramaniam – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tune Talk Sdn Bhd & bekas Timbalan Ketua Polis Selangor
- Dr. Kishva Ambigapathy – Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub
- Dato’ Haji Ismail Nordin – Pengerusi Financial Consulting Cooperative Limited
- Datuk Dr. AT Kumararajah – Naib Presiden National Chamber of Commerce and Industry Malaysia
- Esther Hor – Rakan Kongsi di Naqiz & Partners
- Dato’ Jonathan Lim – Pengarah Urusan Systech Berhad
- Dr. Jon Low – Pengasas Smileway Dental Clinic
- Bon Zainal – Pengasas Malaysia Bumiputra Designer Association.
Rakan Kongsi Rasmi & Barisan Penaja
The Knights Award musim ke-4: Beyond Borders juga mendapat sokongan kuat daripada rakan kongsi rasmi, barisan penaja dan pihak pendukung yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan penganjuran majlis berprestij ini:
- Rakan Lokasi Rasmi: Boathouse
- Rakan Media Rasmi: ASTRO
- Rakan Penjenamaan: JUSS
- Rakan Automotif Rasmi: Millennium Autobeyond
- Rakan Teknologi: WKV Holdings
- Rakan Hiasan Acara Rasmi: Party.Eventilicious
- Organisasi Sokongan: Branding Association Malaysia, Malaysia-China Silk Road Business Chamber, dan Malaysia Truly Asia
- Penasihat Undang-Undang: Naqiz & Partners
- Rakan PR Rasmi: Influasia
- Rakan Hadiah Rasmi: JDX Tea
- Rakan Kediaman Rasmi: Star Suites
The Knights Award sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan acara berprestij ini buat dua tahun berturut-turut di mercu tanda paling ikonik negara, Menara Berkembar PETRONAS. Kemuncak majlis turut diserikan dengan keberangkatan Yang Mulia Engku Dato’ Abdul Aziz, selaku wakil rasmi kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, menambah seri dan nilai istiadat kepada acara penuh gemilang ini.
Persembahan Istimewa Menghangatkan Majlis
Bukan itu sahaja, The Knights Award musim ke-4: Beyond Borders juga diserikan dengan persembahan istimewa dari artis- artis terkenal seperti:
- Datuk Amy Search – Penyanyi lagenda Malaysia
- Gabriel Henrique – Penyanyi America’s Got Talent dari Brazil
- Medhat Mamdouh – Pemuzik unik seni seruling dan beatbox dari Mesir
- Rozette – Penyanyi dan jurulatih vokal dari Kanada
- Vic Teo – Penyanyi Midlife Sing & Shine 3
- Wayne Lai – Bintang dari Hong Kong
Pemenang Utama Curi Perhatian
Tiada majlis anugerah yang sempurna tanpa barisan penerimanya. The Knights Award Musim Ke-4: Beyond Borders menyaksikan pelbagai kategori dipertandingkan, masing-masing menghimpunkan calon yang memiliki kredibiliti tersendiri. Antara pemenang utama yang menjadi tumpuan di malam berprestij ini:
- Akademik Tan Sri Dr. Augustine Ong – Bapa Minyak Sawit Malaysia;
- Chen Tang Jie & Toh Ee Wei – Juara Dunia Beregu Campuran Badminton
- Peabo Bryson – Pemenang dua Anugerah Grammy
- Datuk Dr. Yusof Haslam – Penerbit tersohor
- Datuk Rosyam Nor – Pelakon terkenal
- Wayne Lai (Hong Kong) – Tiga kali pemenang Pelakon Lelaki Terbaik TVB
- Rozette (Kanada) – Jurulatih vokal dan penyanyi viral
- Medhat Mamdouh (Mesir) – Pemenang Golden Buzzer di Italia’s Got Talent
- Dr. Yusuf Bhai (UAE/India) – Pakar minyak wangi terkenal
- Gabriel Henrique (Brazil) – Golden Buzzer di America’s Got Talent
- Jack Neo (Singapura) – Pengarah dan penerbit filem terkenal.
The Knights Award Season 4: Beyond Borders turut mengangkat martabat kecemerlangan 36 tokoh dan organisasi luar biasa daripada pelbagai lapangan industri diiktiraf atas pencapaian cemerlang serta sumbangan signifikan mereka.
Anugerah berprestij ini dibahagikan kepada tiga kategori utama, masing-masing dirangka untuk menghargai latar belakang, visi dan pencapaian unik para penerima.
Kategori Duke
Kategori Duke merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan khusus kepada individu dan organisasi yang bukan sahaja mencapai kejayaan luar biasa, tetapi turut menjadi pemacu perubahan dan dalam bidang masing-masing.
Antara penerima anugerah Kategori Duke untuk kategori individu termasuk:
- Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine S. H. Ong – The Academician Icon (National Scientist)
- Peabo Bryson – The Lifetime Achievement Award — The Legendary Soul Ballad Singer Of All Time (United States)
- Datuk Dr. Yusof Haslam – The Legendary Producer Of All Time (Malaysia)
- Yusuf Hashim – The Inspiring Global Adventurer
Manakala pemenang untuk kategori korporat:
- Millennium Autobeyond Sdn Bhd – The Most Outstanding Dealership Of The Year
- Astro AWANI – Trusted Voice Of The Nation
- JDX Tea – Trusted Chinese Tea Brand Of All Time
- Slim Doc – The Most Dynamic Slimming Centre Of The Year
- Village Park Restaurant – National Heritage Restaurant Of The Year (Malaysia)
Kategori Earl
Seterusnya, Kategori Earl pula diwujudkan untuk menghargai individu dan organisasi yang menyerlah melalui sumbangan konsisten, dedikasi berterusan, serta komitmen tinggi terhadap kecemerlangan dan kelestarian dalam bidang masing-masing.
Antara penerima anugerah Kategori Earl untuk kategori individu:
- Jenn Beaupre (Rozette) – The Sensational Vocal Coach Of The Year (Canada)
- Gabriel Henrique – The Outstanding Singer Of The Year (Brazil)
- Medhat Mamdouh – The Outstanding Beatboxer Of The Year (Egypt)
- Datuk Amy Search – The Iconic Rock Icon Of All Time (Malaysia)
- Wayne Lai – The Versatile King Of The Stage & Screen (Hong Kong)
- Lawrence Cheng Tan Shui – The Iconic Host Of All Time (Hong Kong)
- Jack Neo – The Iconic Producer Of All Time (Singapore)
- Vic Teo – The Breakthrough Artiste Of The Year (Hong Kong)
- Foong Wai Leon – The Leading Financial Advisor
- Jenn Chia – The Most Impactful Content Creator Of The Year
- Chiam Shiun Jia – The Visionary Entrepreneur In Events & Design
- Datuk Rosyam Nor – The Most Celebrated Actor Of All Time (Malaysia)
- Datin Sri Aishah Chong – The Dedicated Womanpreneur Of The Year (Malaysia)
- Chen Tang Jie & Toh Ee Wei – The Top Sports Icon Of The Year
Manakala pemenang untuk kategori korporat:
- A Cut Above – Hair & Beauty Timeless Icon (Malaysia)
- NOODOU – The Influential Chinese Digital Media Platform
- Boathouse By The Lake – Iconic Lakeside Venue Of The Year
- Hop Press (M) Sdn Bhd – Excellence In Fast & Reliable Printing
- Regal Global – Premier One-Stop Property & Investment Solutions
- Yusuf Bhai – The Most Sought-After Perfume Brand Of The Year (Dubai)
Kategori Baron
Terakhir sekali adalah Kategori Baron. Kategori ini pula memberi penghormatan kepada bintang baharu yang tampil sebagai pemacu industri, membawa idea segar, inovasi berimpak dan kreativiti luar biasa yang berupaya mengubah landskap perniagaan masa kini.
Antara penerima anugerah Kategori Baron untuk kategori individu:
- Spacedollah – The Emerging Edutainment Creator Of The Year
Manakala pemenang untuk kategori korporat:
- MUSH-E – The Emerging IT Solutions Hub
- Acolab – The Outstanding Anime IP Café Of The Year
- AISZE Global – The Emerging Education & Cultural Exchange Institution (Malaysia-China)
- Funhub TV Sdn Bhd – The Rising Lifestyle Discovery App Of The Year (Malaysia)
- 3CM Innovations Sdn Bhd – The Emerging Laser Solutions Innovator Of The Year
- Aspect Production – Excellence In Creative Storytelling & Brand Advertising
The Knights Award bukan sekadar malam pengiktirafan, tetapi platform berterusan yang dirangka untuk mencipta legasi. Setiap penerima diberikan akses kepada ekosistem sokongan yang merangkumi pendedahan media berskala besar, jaringan pemimpin industri, nasihat strategik serta platform kolaboratif yang mampu memperkukuh pertumbuhan dan kredibiliti mereka di peringkat global.
The Knights Award teguh menjadi simbol kecemerlangan dan pemerkasaan global, menghimpunkan tokoh berpengaruh dan jenama berprestij dari seluruh dunia.
Dengan kejayaan yang konsisten setiap tahun, The Knights Award berperanan bukan sahaja sebagai platform pengiktirafan, tetapi juga sebagai pemangkin dalam mengangkat Malaysia sebagai hab keusahawanan dan inovasi antarabangsa selaras dengan slogan “Bond, Build & Bloom.”
The Knights Award Season 4: Beyond Borders menjadi bukti bahawa semangat keusahawanan yang tulen tidak pernah luntur, dan impian besar akan sentiasa tercapai dengan usaha dan visi. Melangkah ke hadapan, anugerah ini bersedia melebarkan sayap ke pentas global dengan aspirasi untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang dan berimpak tinggi.
Untuk maklumat lanjut tentang The Knights Award Season 4: Beyond Borders, korang boleh layari laman web rasmi atau ikuti mereka di Instagram dan Facebook.