Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam bilik ruang sejuk beku di syarikat logistik tempatnya bekerja di China baru-baru ini.
Menurut laporan South China Morning Post, ketika terperangkap di dalam bilik sejuk beku atau cold storage itu, wanita itu menyangka dia akan mati kesejukan di dalam ruang tersebut apabila pintu ruang berkenaan telah terkunci dari luar.
Difahamkan, bilik sejuk beku itu mempunyai pintu dan staf syarikat tersebut perlu mematuhi SOP keselamatan ketika memindahkan barang masuk ke dalam ruang sejuk beku itu.
Untuk keselamatan, barang-barang yang mahu dipindah masuk ke dalam ruang sejuk beku itu memerlukan dua orang staf.
Artikel berkaitan : Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler
Artikel berkaitan : Lori Buat Pusingan U Secara Haram, 3 Terkorban Dalam Kemalangan Tragis
Namun, pada hari kejadian, wanita itu mengakui dia lalai pada hari kejadian dan dia telah memindahkan barangan ke dalam ruang tersebut seorang diri pada waktu petang.
Ketika terperangkap di dalam ruang sejuk beku itu, telefon bimbit wanita itu tiada bersamanya dan dia juga hanya memakai baju biasa dan bukannya baju tebal.
Namun, nasib wanita itu baik kerana dia kemudiannya telah dibantu oleh seorang penghantar barangan yang melalui kawasan syarikat itu telah mendengar jeritan meminta tolong oleh wanita itu.
Difahamkan, wanita itu telah terperangkap selama 20 minit sebelum dibantu oleh lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang berkenaan.
Wanita itu kemudiannya telah memberikan wang tunai, makanan dan bunga kepada penghantar makanan itu sebagai tanda terima kasihnya kerana telah membantu menyelamatkannya.
Sumber: South China Morning Post