Perkongsian terbaharu pelakon jelita, Zahirah Macwilson di media sosial mencuri tumpuan ramai selepas beliau memuat naik beberapa keping foto tampil anggun mengenakan hijab.
Zahirah, 31, atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagram miliknya ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Artikel berkaitan: “Ya Allah aku tidak berdaya lagi” – Hantaran Terbaru Ibu Zahirah Macwilson Timbulkan Pertanyaan?
Artikel berkaitan: Zahirah MacWilson Ditegur, Sanggup Buat Adegan Merokok Demi Watak Walau Tak Suka
“Sepetang yang cerah di bulan Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran berkenaan, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu kelihatan mempesona berpakaian sopan dan melengkapkan gaya bertudung coklat.
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis kepada pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu.

Meskipun tuan badan masih belum mengesahkan apa-apa kenyataan mengenai imej terbarunya, namun ramai yang mendoakan yang terbaik buat beliau.
Sebagai info, Zahirah mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 2015 menerusi drama Dunia Generation sebelum mula melonjak naik dalam siri Cinta Si Wedding Planner. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram

6 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















