minum kedai tak halal pakcik cina tegur

Tular di platform X satu video memaparkan seorang TikToker ditegur oleh seorang pakcik berbangsa Cina kerana berada di premis makanan tidak halal.

Kejadian berlaku ketika TikToker berkenaan sedang melakukan siaran langsung dalam kedai kopi terbabit.

Pakcik tersebut menegurnya dengan memberitahu bahawa kedai di situ adalah kedai makanan tidak halal.

Ujar pakcik itu, dia menegur kerana khuatir jika TikToker terbabit terlepas pandang tentang status makanan kedai tersebut.

Artikel berkaitan: “Pekerja tempatan sahaja terkesan” – Individu Dakwa Boikot Tak Beri Kesan?

Artikel berkaitan: Cuba Beri Teguran, ‘Rider’ Terkejut Pelanggan Dah Biasa Pesan Makanan Di Kedai Non-Halal

“Brother orang Melayu ye? Sini tempat tak halal,” tegurnya.

Namun, TikToker itu mengatakan dia memang sudah mengetahui ia adalah kedai kopi Cina dan menjelaskan dia cuma minum air sahaja di situ.

Pun begitu, pakcik terbabit menegaskan bahawa dia cuma mengingatkan sahaja kerana selama ini tiada orang Melayu yang datang ke kedai kopi itu.

Prihatin uncle tu. Kena tegur dengan uncle cina sebab duduk kedai makan tak halal 👍🏻 pic.twitter.com/PD7yCQmU2r

— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 12, 2025

TikToker itu bagaimanapun tidak melatah dengan teguran pakcik tersebut dan berterima kasih kepadanya kerana prihatin terhadap dia.

Perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya berbelah bahagi dengan pendapat TikToker itu.

Netizen memberi teguran, sebolehnya elakkan makan atau minum di kedai orang bukan Islam kerana sebagai umat Islam, mencari makanan dan barangan yang halal adalah satu keutamaan.

Memetik portal Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, makan dan minum di kedai orang bukan Islam, hukumnya adalah syubhah jika tidak menepati garis panduan yang ditetapkan syarak.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.