Jika anda gemar menonton rancangan komedi popular Korea Selatan iaitu Running Man yang menampilkan barisan selebriti terkenal negara itu, antaranya Yoo Jae Seok, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan, Haha dan Jee Seok Jin.
Baru-baru ini, Kim Jong Kook, 49 tahun telah mengumumkan dirinya bakal berkahwin dengan seorang wanita yang bukan selebriti dan pada Jumaat lalu, difahamkan, pasangan tersebut telah disatukan dalam satu acara perkahwinan yang hanya dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan keluarga.
Terkini, Kim Jong Kook telah berkongsikan reaksi rakan-rakan terdekatnya termasuklah ahli-ahli rancangan Running Man ketika dia mengajak mereka hadir ke acara perkahwinannya menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Gym Jong Kook.
Dalam video yang berdurasi sekitar 22 minit itu, dapat dilihat Jong Kook secara spontan mengajak rakan-rakan rapatnya hadir ke acara tersebut.
Artikel Berkaitan: Running Man Sedia Untuk Ditamatkan, Yoo Jae-suk Sedia Dengan Sebarang Kemungkinan
Artikel Berkaitan: Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton
Apa yang melucukan adalah reaksi daripada ahli-ahli Running Man yang pada mulanya tidak mempercayai bahawa Jong Kook akan mendirikan rumah tangga dan menganggap itu hanyalah gurauan daripada Jong Kook.
@manykdramasrunning man members react to kim jong kook’s marriage 😂 kim jong kook released this video on his youtube channel GYM Jong Kook #kimjongkook #runningman #gymjongkook #yoojaesuk #jisukjin
♬ original sound – many kdramas ⟡₊˚。 – many kdramas ⟡₊˚。
Memang ramai yang tak sangka Jong Kook akhirnya telah berkahwin kan.