“Sekiranya disahkan, dikira talak dua” – Nubhan Didakwa Sudah 2 Kali Lafaz Cerai, Rujuk Semula Pada 2017

6 hours ago 7

Sebentar tadi, penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) Ahmad Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad tiba di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi prosiding pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut.

Lapor mStar, peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan bahawa Nubhan didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada lapan tahun lalu sekitar 2017 namun dikatakan telah kembali rujuk dalam tempoh idah.

Hari ini sebutan pertama bagi permohonan plaintif iaitu suami kepada anak guam saya untuk pengesahan dua lafaz cerai dan satu rujuk. 

“Rupanya pada tahun 2017 mereka pernah lafaz cerai sekali, kemudian rujuk dalam tempoh idah tetapi tidak didaftarkan secara rasmi dan rujuk itu juga tidak mengikut prosedur,” katanya.

Menurutnya lagi, permohonan yang difailkan kali ini adalah bagi membolehkan mahkamah menentukan kesahihan lafaz cerai dan rujuk berkenaan.

Artikel berkaitan: “Lafazkan talak dalam kereta” – Nubhan Ceraikan Isteri, Bakal Mulakan Prosiding Di Mahkamah Esok

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nak Bagi Selesa Tidur, Netizen Puji Nubhan Bawa Mak Jenny Naik Pesawat ‘First Class’

“Sekiranya disahkan, ia dikira talak dua” – Peguam

Datuk Akberdin juga berkata, mahkamah juga akan meneliti beberapa faktor penting termasuk niat sebenar suami ketika melafazkan cerai tersebut.

Permohonan hari ini difailkan untuk kedua-dua talak tersebut dan hakim akan putuskan sama ada akan dengar kedua-duanya sekali bersama dengan rujuk. 

“Mahkamah akan fokus pada aspek sama ada lafaz yang dibuat dengan niat yang waras, tanpa paksaan atau ugutan. 

“Sekiranya disahkan, maka ia akan dikira talak dua. Selepas itu, kes akan diteruskan dengan isu berkaitan anak, nafkah dan harta sepencarian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Akberdin juga mendedahkan yang Nubhan sebelum ini pernah membuat tawaran kepada anak guamnya untuk selesaikan hal rumah tangga mereka secara baik sebelum bercerai, namun perkara itu tidak diteruskan.

Tawaran perceraian memang ada. Dia (Nubhan) pernah hantar surat kepada anak guam saya sebelum bercerai. 

“Kita juga ada memberikan jawapan balas, tapi perkara itu tidak diteruskan dan senyap begitu sahaja. Itu berlaku sekitar bulan Ogos lalu,” katanya lagi.

Terdahulu, Akberdin juga ada memaklumkan pihak Nubhan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah sekitar bulan Ogos.

Katanya, perceraian itu dilakukan secara baik tanpa sebarang konflik dan berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.

Difahamkan pasangan ini juga sudah tidak tinggal sebumbung sejak kejadian itu.

Sebagai rekod, Nubhan dan Dr Afifah telah bernikah pada 29 Ogos 2015 lalu dan hasil perkongsian hidup 10 tahun mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: mStar, Instagram Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |