“Saya harap dia dihukum setimpal” – Bapa Nur Syamira Luah Rasa Lega Suspek Tikam Anaknya Sudah Ditahan

15 hours ago 6

“Saya rasa lega apabila dimaklumkan ada penahanan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian tikaman yang meragut nyawa anak saya, Nur Syamira.

“Sekurang-kurangnya ada sinar keadilan untuk anak saya dan jika benar dia pelaku sebenar, saya harap hukuman setimpal dapat dijatuhkan ke atasnya,” kata Khamis Abdul Rahim, 55.

Khamis ialah bapa kepada Nurul Nur Syamira Khamis, 28, yang maut bersama rakannya, Ku Asyraf Ku Shuib, 30, selepas dipercayai ditikam berulang kali dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan, pada Khamis lalu.

Zue sendphoto 1757662455 1757739483Khamis Abdul Rahim

Menurut Harian Metro, beliau berkata, jenazah anaknya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Protan, Bagan Serai, Perak, selepas solat Isyak malam tadi.

Khamis memaklumkan, beliau masih berada di Perak dan dijangka pulang ke Sungai Petani hari ini bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan anaknya itu.

“Saya sering teringatkan arwah kerana dia anak sulung saya. Setiap pagi sebelum saya berangkat kerja, dia akan bersalam dan menunggu saya bersiap.

Dia tinggal bersama saya di Sungai Petani, dan memang dia seorang anak yang sangat baik,” katanya.

Khamis turut menjelaskan bahawa Nurul Nur Syamira merupakan anak sulung daripada tiga beradik hasil perkahwinannya dengan arwah isterinya yang meninggal dunia pada 2013.

Artikel berkaitan: Serangan Tikaman Rawak Di Kaunter Pembayaran, 11 Orang Cedera

Artikel berkaitan: Tikam Ibu Saudara Sebab Dihalang Tinggal Dengan Ibu Kandung, Remaja 14 Tahun Ditahan Polis

obj63656359 f967667a39fd4f239a294aeae9cf16fb 1757651273

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang wanita dan seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman di hadapan rumah penduduk di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, mangsa lelaki ditemui tertiarap di atas jalan, manakala mangsa wanita ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 29 tahun yang disyaki menikam mangsa wanita dan seorang peniaga telefon bimbit hingga maut telah ditangkap dan direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 18 September.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, suspek ditahan di Kuala Terengganu pada jam 9.45 pagi, Jumaat lalu, dan status hubungannya dengan mangsa wanita masih dalam siasatan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |