collage 17

Baru-baru ini tular penampilan terbaru anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia tampil tidak berhijab ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Genting Highlands pada Sabtu lalu.

Penyanyi dan personaliti media sosial itu tampil memberi reaksi tenang saat menerima pelbagai kecaman oleh warganet susulannya tindakannya membuka hijab itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Putri Dahlia menekankan bahawa kecaman yang diterimanya tidak sedikit pun melemahkan semangat, sebaliknya dianggap sebagai penguat diri.

IMG 4979

Artikel Berkaitan: “Ada gangguan daripada pihak luar” – Anak Sulung Nora Ariffin Dedah Hubungan Dengan Dr Rusydi

“Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya, amin.”

Kenyataan tersebut menggambarkan pendirian Putri Dahlia yang lebih selesa mengabaikan kecaman, sebaliknya menjadikan kecaman tersebut sebagai sumber kekuatan diri.

Terdahulu, Putri Dahlia memberi keterangan tentang tindakannya membuka hijab sewaktu menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-24. Selepas lebih 15 tahun berhijab, Putri akhirnya membuat keputusan untuk membuka hijab dengan restu keluarga.

Pada masa sama, Putri Dahlia turut merancang untuk memperkenalkan diri dengan nama pentas baharu iaitu Dahlia.

Sumber: Gempak 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.