syaz ft 2025 10 13T120404.250

Model dan pelakon, Mutalib Mubin berkongsi pengalamannya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi hingga dimasukkan ke lokap balai polis ketika membawa sekumpulan jemaah negara mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Kisah berkenaan menjadi tular di media sosial selepas Mutalib memuat naik perkongsian pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Siapa Saleh Aljafarawi? Wartawan Palestin Yang Ma*t Dit*mbak Individu Bersenjata

Artikel berkaitan: Portugal Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Difahamkan, dia ditahan kerana memakai t-shirt bertulis ‘Save Palestine’ dan bercorak karikatur Hamas.

“Saya telah ditahan di Tanah Suci pada 19 September kerana memakai baju bertulisan ‘Save Palestine’ bersama karikatur Hamas ketika saya sedang berkain ihram.

Pihak polis memberitahu bahawa sebarang pakaian dengan bendera atau simbol solidariti tidak dibenarkan, terutamanya di kawasan Masjidil Haram.

Malah, salah seorang anggota polis sempat berkata bahawa ‘Hamas is terrorist’. Pada awalnya mereka memaklumkan urusan siasatan hanya mengambil masa dua jam, namun akhirnya saya berada hampir 24 jam di dalam lokap.

Walaupun pengalaman itu tidak dijangka, saya cuba tenang dan menganggapnya sebagai ujian malah saya sempat bergurau bahawa saya ‘hidup bahagia’ di dalam sel itu,” tulisnya.

Mutalib berkata, apa yang masih menjadi persoalannya ialah mengenai beg yang ditinggalkan berhampiran pintu lokap atas arahan polis ketika kejadian, namun hingga kini masih belum ditemui.

Beliau turut menzahirkan pandangan bahawa sebagai umat Islam, seharusnya semua pihak berfikir untuk kepentingan ummah dan tidak berpecah mengikut bangsa, puak atau harta, terutama ketika ramai saudara seagama sedang dizalimi dan dibunuh setiap hari.

Katanya, sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar kemanusiaan dan keimanan yang sama, tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.