Baru-baru ini, mayat seorang lelaki telah ditemui di kawasan jalan di Kampung Perepat, Kapar di Klang dan penemuan itu telah mengejutkan penduduk sekitar kawasan tersebut.
Terkini, polis mengatakan bahawa punca kematian mangsa ialah lelaki itu telah dicekik sehingga mati, lapor Sinar Harian.
Punca kematian mangsa itu telah dikenal pasti setelah mayat mangsa dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Artikel Berkaitan: Mayat Wanita Reput Pakai Baju “Fear Less” Ditemui Berhampiran KLIA
Artikel berkaitan: Remaja 15 Tahun Dilapor Hilang, Didakwa Ada Kaitan Dengan Penemuan M*yat Reput Di Banting
Walau bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini kerana motif kejadian masih lagi belum dapat dipastikan.
Difahamkan, ketika ditemui di kawasan jalan oleh orang awam, badan mangsa mempunyai beberapa kesan kecederaan.
Mangsa yang merupakan warga tempatan difahamkan bekerja sendiri di kawasan sekitar Shah Alam.
Bagi membantu siasatan kes ini. keterangan dari lima orang individu juga telah diambil oleh pihak polis.
Walau bagaimanapun, suspek yang terlibat dengan kes ini setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.
Sumber: Sinar Harian