Penduduk Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana kecoh baru-baru ini apabila mereka terdengar bunyi ngauman harimau di kawasan sekitar pangsapuri tersebut.
Susulan aduan berhubung bunyi ngauman itu, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau PERHILITAN telah memasang tiga unit perangkap kamera di kawasan hutan berhampiran pangsapuri berkenaan untuk membantu menyiasat mengenai status kehadiran si belang tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, setakat ini (ketika artikel ini ditulis), bunyi ngauman yang didengari oleh penduduk sekitar masih lagi menjadi tanda tanya kerana bukti yang menunjukkan kehadian harimau itu seperti najis atau tapak kaki masih lagi belum ditemui.
Artikel berkaitan: “Bangkai anjing pun ada” – Lepas 5 Ekor, Ada Lagi Bangkai Kucing Ditemui Di IPTA
Artikel berkaitan: “Ada seekor lagi” – IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?
Dalam masa yang sama, pihak PERHILITAN masih tetap giat memantau kawasan hutan berhampiran kawasan yang didiami penduduk itu untuk memastikan keadaan berkenaan benar-benar selamat untuk penduduk.
Setakat ini juga, imej rakaman yang menunjukkan kehadiran haiwan pemangsa itu juga masih belum ada.

Babi hutan yang sememangnya ada di kawasan hutan itu merupakan satu-satunya kesan yang dijumpai setakat ini.
Perangkap kamera itu dipasang selama dua minggu sekurang-kurangnya agar pihak berkaitan boleh mendapatkan bukti jika harimau benar-benar hadir di kawasan itu.
Sumber: Harian Metro