bungkusan mengandungi mayat ditemui

Penemuan sebuah bungkusan yang disyaki mengandungi mayat manusia di kawasan sungai di Kampung Kerawat, Simpang Pulai telah mencetuskan suasana gempar dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, bungkusan berkenaan telah ditemukan dalam keadaan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai.

Difahamkan, kawasan sungai tersebut terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat.

Laporan polis mengenai penemuan berkenaan telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

penemuan bungkusan mengandungi mayat

Artikel Berkaitan: Saksi Dakwa Zara Qairina Dituduh Curi Duit Sebelum Kejadian

Artikel Berkaitan: Telefon Awam Ditutup 48 Jam Lepas Zara Qairina Ditemui Tak Sedarkan Diri – Saksi

Setakat ini (ketika artikel ini ditulis), identiti mangsa masih lagi belum diketahui.

Menurut polis, kes itu dikategorikan sebagai mati mengejut buat masa ini kerana pihak polis perlu menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak pada jasad mangsa, penentuan itu juga perlu menunggu hasil bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.