ft suami stress jaga isteri strok

Seorang lelaki dari Denpasar, Indonesia tergamak membunuh isterinya kerana sudah tidak larat menjaga wanita tersebut yang sakit. Lelaki berumur 48 tahun yang dikenali sebagai Sunardi itu menggunakan bantal untuk menekup isterinya, Evi Dwi yang berumur 50 tahun sehingga tidak bernafas.

Menurut sumber, perbuatan kejam tersebut tidak mampu dilawan oleh isterinya memandangkan Evi Dewi terlantar kerana mengalami angin ahmar (strok).

Artikel berkaitan : Strok Haba Dengan Kegagalan Pelbagai Organ Punca Kematian Kadet Palapes UiTM

Artikel berkaitan : Anak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba, Bapa Sibuk Main PlayStation Dalam Rumah

Berdasarkan laporan, punca Sunardi melakukan perbuatan itu adalah kerana penat menguruskan isterinya itu. Difahamkan kejadian itu berlaku di rumah mereka yang terletak di Bali pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Polis Denpasar, Komisioner I Ketut Sukadi berkata, suspek mengalami tekanan sepanjang masa menjaga isterinya yang sedang sakit.

Screenshot 2025 10 16 132022

Malah, beliau mengatakan bahawa, suspek pada mulanya ada terfikir untuk bunuh diri sebelum melakukan tindakan sedemikian. Namun, mengenangkan nasib isterinya yang tiada orang jaga jika dia meninggal dunia, dia memutuskan untuk menamatkan riwayat isterinya dahulu.

Selepas memastikan isterinya meninggal dunia, Sunardi dikatakan bertindak meminum cecair pencuci lantai dan menghiris pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau dalam cubaan membunuh diri.

Screenshot 2025 10 16 132345

Hasil penemuan, polis telah menemui beberapa bukti, termasuk bantal dengan sarung bantal bercorak polkadot, pisau dapur 16 cm, sebotol peluntur, pembersih lantai, sebotol minuman berkarbonat, dan dua sijil nikah dari 2004.

Sumber : Tribunnews