Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli enggan melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini kerana akui masih sayangkan penyanyi tersebut.
Oleh sebab itu, mahkamah telah menetapkan 4 Jun ini sebgai tarikh sebutan kedua. Menurut peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd. Ali, prosedur tersebut bagi membolehkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Artikel berkaitan : “Kalau jodoh sampai di sini saya terima” – Nora Mahu Mulakan Kehidupan Baru, Tak Mahu Persekitaran Toksik
Artikel berkaitan : “Perkahwinan bahagia tapi” – Diganggu Pihak Ketiga, Peguam Dedah Punca Nora Ariffin Ingin Bercerai
“Dr. Rushdi menolak permohonan cerai kali ini. Jadi, akan berlaku sebutan kali kedua pada 4 Jun depan untuk perlantikan jawatankuasa pendamai.”
“Bagaimanapun, pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa dia menolak perceraian.”
“Jadi, kita akan ikut proses Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan sekiranya gagal, kita akan teruskan dengan proses hakam,” katanya kepada Kosmo!
Dalam pada itu, Dr. Rushdi ketika ditemui mStar Online menjelaskan alasannya bahawa dia masih sayang dengan Nora.
“Saya tidak bersetuju kerana masih menyayangi perkahwinan ini dan mahu mempertahankan perkahwinan kami.”
“Dalam Islam juga haram kita mengamalkan perceraian tanpa alasan munasabah. Saya harap Nora terus cinta dan sayangkan saya. Kalau dia tiada perasaan itu dan mahu mengambil tindakan lanjut saya sudah tak boleh nak buat apa.”
Dalam pada itu, Nora yang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya itu turut mengakui bahawa dirinya lega apabila Dr Rushdi masih ada perasaan sayang terhadapnya.
“Saya rasa saya dah mencuba dah, cuma jawapannya sampai bila kan? Saya pernah merasai kehilangan bercerai mati, jadi sebagai seorang isteri saya tak naklah merasai kehilangan bercerai itu sebenarnya.”
Jelasnya, jika penceraian adalah jalan terbaik demi kebaikan banyak pihak termasuk anak-anaknya, dia terpaksa lakukannya biarpun rasa perit.
“Saya dah buat dah apa yang patut saya buat. Saya nak keluar daripada persekitaran toksik ini, saya tak nak dah duduk dalam ini.”
“Seronok juga lah kan, rupanya dia ada perasaan sayang lagi dekat saya, terasalah tapi kena fikir.”
Tegas Nora lagi, dia tidak bermusuh dan tiada perasaan benci terhadap suaminya itu sebab orangnya terlalu baik.
Kita doa yang terbaik buat Nora dan harap adalah jalan penyelesaiannya.
Sumber : hlive, Kosmo!, mStar Online