“Masih nak nafi hukuman rotan?” – Dr Akmal Saleh Persoal Pendirian Kementerian Pendidikan

1 day ago 13

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh semalam mempersoalkan pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menolak menggunakan rotan sebagai alat mendidik, walaupun sudah dua insiden gempar melibatkan pelajar sekolah berlaku berturut-turut dalam bulan ini.

Menurut Dr Akmal, pihaknya hairan dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, yang baginya sistem dahulu yang menggunakan rotan bertujuan mendidik mampu bentuk keperibadian dan kemenjadian pelajar sehingga ke hari ini.

3308961

Masih lagi kita nak menafikan hukuman rotan untuk mendidik? Dengan mengatakan negara lain tidak menggunakan rotan, tetapi melahirkan generasi beradab?

“Saya kongsikan masalah di sekolah negara maju contohnya di United Kingdom (UK) yang tidak menggunakan rotan sebagai mendidik, hasilnya mereka mengumpul hampir 1,664 aduan mengenai gangguan seksual di sekolah rendah sahaja.

“Apa yang beradab cuba dimaksudkan kementerian yang ingin diambil daripada pendekatan di negara maju ini? Sedangkan dalam Islam, ada hukuman memukul anak dengan cara betul dan niat mendidik jika mereka tinggal solat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Artikel berkaitan: Suspek T*kam Pelajar Direman 7 Hari, Bakal Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar: “Hati saya remuk. Minta maaf tak cukup” – Bapa Suspek

Tambahnya lagi, tindakan mencontohi negara lain dibimbangi tidak sesuai dengan gaya hidup di Malaysia hingga akhirnya memberikan kesan negatif kepada orang ramai.

Nasihat saya, lain padang lain belalang. Kita bentuk cara kita, jangan terlampau mengikut orang lain yang berbeza budaya dan cara hidup, akhirnya tidak sesuai dengan kita di sini.

“Masa depan generasi mendatang bergantung kepada kita sekarang. Sistem dahulu mampu menjadikan siapa diri kita hari ini, kenapa mahu menafikannya?” soalnya.

Dr Akmal yang juga ADUN Merlimau mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan selain kembalikan kuasa rotan dengan niat mendidik kepada guru.

Antaranya, kementerian sudah boleh mula laksana kewajipan saringan kesihatan mental kepada semua pelajar.

“Selain itu, menambah lagi penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekolah serta mengawal kandungan dan penggunaan internet dalam kalangan pelajar.

“Akhir sekali, saya ingin menzahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang ditikam (kes di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama). Semoga keadilan diberikan sebaik mungkin kepada mereka,” ujarnya.

3308750

Terdahulu, KPM menegaskan pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat mendidik murid, sebaliknya menekankan pendekatan pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.

Mohd Azam berpendapat, kementerian melihat keperluan untuk membentuk generasi beradab dan berakhlak tinggi melalui bimbingan serta teladan, bukannya hukuman fizikal.

Beliau juga berkata, negara-negara maju membuktikan bahawa sistem pendidikan yang menolak penggunaan rotan masih mampu melahirkan generasi berdisiplin dan beretika.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |