collage 16

Fattah Amin memberi penjelasan kepada spekulasi anaknya, Fatima yang enggan berenggang dengannya sewaktu majlis pernikahannya semalam mungkin kerana terlalu rindu.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin berkata, dia juga tidak menjangkakan Fatima akan bertindak sedemikian.

SnapInsta.to 548908648 18526865101055782 3521910657182493212 n

“Betul, dia (Fatima) tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.”

“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah.”

“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami.”

“Macam tadi pun (malam semalam) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira kata Fatima angguk itu yang saya bawa juga.”

Fattah Amin menegaskan, apa yang paling penting baginya adalah kebahagiaan isteri dan anak pada hari bermakna itu dan beliau bersyukur segalanya berjalan lancar.

Artikel Berkaitan: “Fatimah tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen

“Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu.”

Terdahulu, Fattah Amin dan Amira Othman selamat diijabkabulkan di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang. Dengan hanya sekali lafaz pada jam 9.08 malam, Fattah Amin sah bergelar suami kepada Amira Othman dengan disaksikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Screenshot 2025 09 15 142734

Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nur Fazura pada 2017, dan mereka sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.