syaz ft 2025 10 16T110107.397

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, laporan dibuat oleh seorang individu berusia 53 tahun pada Ahad lalu sekitar jam 11 pagi, selepas dimaklumkan oleh guru disiplin mengenai penularan rakaman video anaknya dalam keadaan berbogel.

Artikel berkaitan: Kecewa Dir*gol, Budak Umur 15 Tahun Jual Diri Di Telegram

Artikel berkaitan: Kes R*gol Pembantu Rumah: Bekas ADUN Tronoh Diheret Ke Penjara Serta-merta, Terima 2 Sebatan

Susulan laporan itu, katanya, tiga pelajar sekolah berkenaan bersama seorang bekas pelajar ditahan pada jam 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas sekolah berkenaan.

Berikutan itu, kesemua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Ahmad Salimi, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.

Beliau turut menegaskan bahawa polis memandang serius kejadian seumpama itu dan menasihatkan ibu bapa serta penjaga agar sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.