Kes Kanak-kanak Kena Jangkitan Influenza Meningkat, Ini Pesanan Penting Pegawai Farmasi

18 hours ago 10

Sejak minggu lalu, suasana di Jabatan Kecemasan (ED) di hospital awam dilaporkan sesak terutama dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom influenza.

Menurut laporan Sinar Harian, seorang pegawai farmasi hospital awam, Fatin Nasuha Azizi, berkongsi keadaan di ED yang dilihat kritikal ketika ini.

Susulan lonjakan kes yang mendadak, pihak farmasi hospital terpaksa menambah stok ubat antivirus Tamiflu secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan pesakit.

Menurutnya, peningkatan kes berlaku secara tiba-tiba, melibatkan ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka mendapatkan rawatan segera.

“Hari ini kami top up Tamiflu banyak sangat. Semua pesakit datang bawa anak ke ED. Hampir semua kena influenza,” katanya.

Artikel berkaitan: “Mana yang lagi barai?” – Musim Influenza Kembali, Doktor Kongsi Beza Influenza A & B

Artikel berkaitan: Punca Kematian Kanak-kanak Maut Akibat Influenza Masih Dalam Siasatan – Menteri Kesihatan

bh15sesak o BHfield image listin

Influenza bukan penyakit ringan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), influenza atau selesema bermusim bukanlah penyakit ringan, sebaliknya boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, sawan dan dalam kes tertentu, ia boleh membawa risiko maut terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu dengan sistem imun yang lemah.

Penyakit ini sangat mudah menular melalui titisan pernafasan apabila seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk.

Tempat awam seperti sekolah, pusat beli-belah dan pengangkutan awam menjadi lokasi berisiko tinggi untuk jangkitan berlaku dengan cepat.

Cegah kaedah paling berkesan bendung penularan virus

Ekoran itu, Fatin Nasuha berkata, langkah pencegahan adalah kaedah paling berkesan untuk membendung penularan influenza. Antara saranannya:

  • Pakai pelitup muka di tempat awam.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau bahan pembasmi kuman.
  • Jaga penjarakan fizikal terutama jika berada di kawasan sesak.
  • Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin menggunakan tisu atau sapu tangan.
  • Digalakkan ambil vaksin influenza setiap tahun

Jelasnya, walaupun vaksin influenza tidak menjamin perlindungan sepenuhnya, tetapi ia mampu mengurangkan risiko jangkitan teruk, mengelakkan kemasukan ke hospital dan paling penting, mengurangkan kadar kematian akibat komplikasi selesema.

“Jangan tunggu sehingga anak dimasukkan ke ED baru mahu bertindak,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |