Juventus, gergasi bola sepak Itali dengan sejarah gemilang di Serie A dan pentas Eropah, mengumumkan kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants International (PLI), peneraju pasaran minyak pelincir global.
Perkongsian ini menggabungkan warisan serta cita-cita Juventus dengan inovasi dan kualiti produk PLI yang diiktiraf di seluruh dunia.
Antara tarikan utama kerjasama ini ialah pelancaran PETRONAS Lubricants International Skybox di Stadium Allianz, Turin – sebuah ruang eksklusif yang menawarkan pengalaman menonton aksi Juventus dari perspektif istimewa.
Ia direka sebagai pengalaman menyeluruh 360 darjah yang bukan sahaja menekankan keseronokan perlawanan, malah memberikan tetamu perasaan menjadi sebahagian daripada keluarga Juventus.
Nilai keghairahan, ketepatan dan kerja berpasukan yang dikongsi bersama menjadi asas kepada projek ini.
Kami mahu mencipta detik istimewa untuk peminat, yang sentiasa menjadi nadi setiap inisiatif Juventus,” – kenyataan bersama Juventus dan PLI.
Kerjasama ini dilihat memperkukuh usaha kelab tersebut dalam mendekati penyokong global, di samping memperluas jaringan rakan niaga antarabangsa.
Sumber: Stadium Astro
Baca: “Alamakkk!” – Netizen Teruja Kelab Bola Sepak Juventus Guna Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Dalam Video