“KA tak macam founder yang syok sendiri” – Khairul Aming Profesional Bila Pelanggan Bagi Review Rendang Nyet 6/10

1 month ago 48

Tidak melatah dan terlalu defensive, sebaliknya pempangaruh dan usahawan, Khairul Aming bersikap lebih perofesional dalam menghasilkan produk jualannya agar memastikan pelanggan yang membeli rasa puas hati.

Ianya apabila produk yang baru dilancarkan oleh pempengaruh masakan itu, Rendang Nyet Berapi mendapat ulasan 6/10 setelah sahaja kerana produk yang dia terima itu tidak memuaskan.

Artikel berkaitan : “Ready nak battle” – Khairul Aming Keluarkan Produk Ketiga, Rendang Nyet!

Artikel berkaitan : “Ramai tak boleh survive lebih 3 tahun” – Khairul Aming Dedah Realiti Sebenar ‘Content Creator’

Review 6/10, rasa sedap tapi…

Menerusi Threads, pembeli tersebut tidak menafikan bahawa rasanya memang sedap, tak kedekut bahan, pendek kata, rasanya serba serbi cukup. Tetapi dia kurang berpuas hati daripada segi bungkusan.

Pembeli tersebut mendapati bahawa terdapat kebocoran ketika menerima produk itu, dakwanya ada minyak keluar, bahkan dia yang hanya membeli sepeket tidak puas kerana isi ayam yang ada hanya sedikit dan isinya begitu kecil.

Screenshot 2025 08 13 150433

Terpanggil dengan komen daripada netizen itu, Khairul Aming sendiri tampil memberikan respon dan memohon maaf kepada pelanggan tersebut.  Bukan itu sahaja, beliau juga meminta butiran pengahantaran pembeli tersebut untuk ganti rugi. Malah, Khairul Aming juga akan mengenal pasti isu dan memperbaiki mutu kualiti produknya.

Boleh baca di sini..

Screenshot 2025 08 13 150811

Tak macam founder lain yang syok sendiri – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sikap profesional Khairul Aming ini, mereka turut membandingkan Khairul Aming dengan pengasas produk lain yang mereka labelkan sebagai ‘syok sendiri’.

Malah, ada yang mengetakan bahawa Khairul Aming memang menjaga kebajikan pelanggannya sejak beliau mula menjual Sambal Nyet lagi.

Screenshot 2025 08 13 151325 Screenshot 2025 08 13 151349

Ada netizen juga kata mereka yang kerja dalam F&B biasanya perkaa ini akan berlaku.. apapun, semoga perniagaan Khairul Aming terus maju dan pelanggan berpuas hati dengan produk jualannya.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |