Isteri Tidak Tahu Nubhan Ada Beli Rumah Di Dengkil, Kes Cerai Tangguh 2 Disember

6 hours ago 4

Kes pengesahan lafaz cerai antara penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad serta isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam, ditangguhkan ke 2 Disember depan.

Penangguhan itu dibuat selepas pihak defendan, iaitu Dr Afifah, memohon agar lafaz cerai pertama yang didakwa berlaku lapan tahun lalu disahkan terlebih dahulu sebelum mahkamah mendengar permohonan pengesahan talak kedua yang difailkan penyanyi berkenaan pada Ogos lalu.

Artikel berkaitan: “Lafazkan talak dalam kereta” – Nubhan Ceraikan Isteri, Bakal Mulakan Prosiding Di Mahkamah Esok

Artikel berkaitan: “Sekiranya disahkan, dikira talak dua” –  Nubhan Didakwa Sudah 2 Kali Lafaz Cerai, Rujuk Semula Pada 2017

isteri nubhan 1

Dalam prosiding tersebut, mahkamah turut dimaklumkan bahawa Nubhan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor, yang berada dalam mukim Sepang. Justeru, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Syariah Sepang kerana berada dalam bidang kuasanya dan bukan di Seremban, tempat pasangan itu menetap.

Bagaimanapun, Dr Afifah memaklumkan beliau tidak mengetahui tentang kewujudan rumah tersebut dan menyangka ia milik sepupu suaminya. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, beliau juga tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah berkenaan.

Pasangan ini sebelum ini pernah melalui lafaz cerai pertama pada tahun 2017, namun kembali rujuk dalam tempoh idah. Manakala talak kedua yang sedang dalam proses pengesahan dikatakan berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada salah faham kecil dalam rumah tangga.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah bernikah pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, masing-masing berusia lapan, enam dan tiga tahun.

Mahkamah memutuskan untuk menyelesaikan pengesahan lafaz cerai pertama terlebih dahulu sebelum mendengar kes pengesahan talak kedua pada prosiding akan datang.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |