Pelakon dan pengacara, Janna Nick sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia menggunakan terma ‘perempuan gila’ ketika mengajukan soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.
Kata-kata tersebut telah membuatkan netizen merujuk kepada bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Fazura.
Artikel berkaitan : “Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast
Artikel berkaitan : Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa’Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka
Susulan dengan perkara itu, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 30, memberitahu terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai soalan tersebut.
Kata Janna, soalan tersebut merujuk kepada situasi umum yang dirasai lelaki selepas berpisah atau bercerai dengan isteri mereka.
“Jangan disebabkan tak suka seseorang jadi berat sebelah, korang cipta sesuatu yang terang-terangan tiada.”
“Korang kata saya cakap Fazura perempuan gila. Yang gila itu saya! Saya yang diperakui. Saya bagi soalan contoh situasi umum seorang lelaki dan tak faham dan cakap ini hina perempuam…hina orang sudah bercerai.”
Jannah menegaskan bahawa dia tidak ada niat lain selain ingin tahu perasaan dan kebebasan seorang lelaki yang sudah bercerai. Tambahnya, dia begitu faham situasi itu kerana ibu bapanya juga sudah berpisah.
@jannanickofficialReplying to @fiq kalau tak boleh berak jangan salahkan I ok.
♬ original sound – jannanick95 – jannanick95
“Ibu saya juga wanita yang diceraikan. Saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Saya tidak akan menghina seorang wanita dan ibu. Saya rasa ada sesetengah lelaki atau ayah lepas tangan bila sudah berpisah, jadi saya nak tahu mereka ini rasa bebas ke bila bercerai? Bebas daripada tanggungjawab.”
“Bebas daripada anak bini yang menyerabutkan otak mereka atau bebas daripada anak bini yang membebankan mereka selama perkahwinan?”
“Saya nak tahu sebab itu saya guna terma perempuan gila. Saya nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri. Maksudnya lelaki rasa perempuan ini gila ke bila mereka sudah berpisah.”
Bagaimanapun, Janna akui dan sedar bahawa soalan yang dia tujukan agak kasar, jadi dia memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata tersebut.
Sumber : TikTok