barangan datuk vida dilelong

Kegagalan usahawan popular, Datuk Seri Vida melunaskan tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan sebanyak lebih RM1 juta, menyebabkan 727 barangan miliknya bakal dilelong 30 Oktober ini.

Menurut laporan, perkara itu dimaklumkan menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan telah dilakukan oleh pihak pemiutang, AH Design Communication Sdn. Bhd.

Tindakan itu disebabkan Vida gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Pun begitu, mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.

Artikel berkaitan: “Tuntutan sita sememangnya dipertikaikan” – Isu Hutang Lebih RM1 Juta, Ini Kenyataan Peguam DSV

Artikel berkaitan: “Kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap” – DSV

Screenshot 2024 11 26 125018 102

Sementara itu, wakil subkontraktor AH Design Communication, Mohammad Taufik Kamarul mendakwa, kiraan bayaran yang ditawarkan usahawan itu terlalu rendah dan tidak setimpal dengan jumlah sebenar yang masih tertunggak kepada syarikatnya.

Terdahulu, sekitar 727 barangan milik Vida disita dalam operasi selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh pada 25 November tahun lalu.

Antara yang disita termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk, serta empat buah kereta mewah.

Difahamkan, acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember lalu, namun, ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu.

Sumber: Buletin TV3, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.