collage 13

Seperti yang kita tahu pasangan artis terkenal, Fattah Amin dan Amira Othman telah diijabkabulkan pada malam semalam 14 September 2025. Lebih istimewa lagi tarikh pernikahan mereka itu dipilih sempena ulang tahun Fattah yang ke 35 tahun.

Pernikahan tergempar tahun ini turut diraikan oleh ramai warganet di Malaysia apabila majlis pernikahan mereka telah disiarkan secara langsung khas oleh Unifi TV.

Antara yang menarik perhatian netizen ketika majlis akad nikah kedua selebriti ini adalah momen batal air sembahyang mereka yang turut disertai oleh anak Fattah, Fatimah.

@rand0m._vide00 Mashaallahh 😭😭🤍 #nikah #fattahamin #amiraothman #fyp ♬ bunyi asal – ⋆ ˚。L y s a a ⋆୨୧˚・

Artikel Berkaitan: “Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak”- Amira Othman Titip Doa Untuk Fattah Amin Sempena Hari Lahir

Artikel Berkaitan: “Fattah lelaki yang baik, anak yang baik” – Amira Othman

Dalam satu video yang tular di media sosial, Fatimah dilihat seperti tidak mahu melepaskan tangan bapanya sewaktu upacara tersebut berlangsung. Fatimah juga dilihat turut duduk di atas pelamin sepanjang upacara batal air sembahyang sedang berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen telah membuat spekulasi mengatakan bahawa Fatimah dilihat seperti enggan melepaskan tangan bapanya dan ada juga yang turut mengkritik tindakan Fatah membenarkan anaknya itu duduk bersama di atas pelamin.

Namun begitu, beberapa netizen yang telah melihat siaran langsung dari awal menafikan spekulasi tersebut dengan mengatakan bahawa Fatimah memang sejak dari awal majlis tersebut enggan berenggang dengan bapanya.

Namun, kedua mempelai telah menangani situasi tersebut dengan penuh tenang dan profesional, menjadikan detik tersebut antara momen terindah dalam hidup mereka.

Screenshot 2025 09 15 095153 Screenshot 2025 09 15 095121

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.