Hangat diperkatakan sekarang ini mengenai kes pelajar perempuan tingakatan 3 yang dirogol bergilir-gilir oleh senior mereka yang berusia 17 tahun di dalam kelas. Seperti yang kita sedia maklum, kesemua empat orang suspek yang terlibat telah pun ditahan.
Kes ini sampai ke perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan beliau ada tampil berikan respon. Jelasnya, kesemua 4 suspek yang jug merupakan calon SPM ini dibenarkan menduduki peperiksaan pada 3 November ini.
Artikel berkaitan : Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Dirog*l Bergilir-gilir Oleh 2 Pelajar Senior Di Melaka
Artikel berkaitan : Suspek Mangsa Kanak-Kanak Dip*kul Ditemui M*ti, Bapa Kanak-Kanak Rayu Doa Untuk Anak
Kenapa sibuk mempertahankan si pelaku – Mimi Lana
Terpanggil dengan kenyataan itu, pelakon Mimi Lana mempersoalkan tindakan Fadhlina Sidek yang masih memberikan ‘keutamaan’ buat kesemua suspek berbanding mangsa. Menurutnya, apa yang suspek lakukan itu bukanlah salah laku biasa tetapi ianya satu perbuatan jenayah yang berlaku di kawasan sekolah.
“Sejak bila pula pelaku jenayah layak diberi keistimewaan atas nama akademik? Bila suara rasmi seorang menteri sendiri kelihatan lebih simpati pada pelaku berbanding mangsa, apa mesej yang nak disampaikan kepada masyarakat? Jenayah dimaafkan demi peperiksaan?”
Mimi juga berpendapat bahawa tindakan sebegini mungkin boleh membawa kehancuran secara perlahan-lahan. Dakwanya lagi, ini bukanlah pertama kali kenyataan yang tidak sensitif keluar dari mulut Fadhlina Sidek.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan ada memaklumkan bahawa semua 4 calon SPM yang disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Alor Gajah minggu lalu, dibenarkan menduduki peperiksaan pada 3 November ini.
Beliau menjelaskan, segala tindakan undang-undang akan dijalankan oleh pihak polis, manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menguruskan aspek disiplin, sokongan ekosistem sekolah serta masa depan pendidikan pelajar terbabit.
Sumber : Sinar Harian, Threads