Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut bersuara mengenai keadaan anak saudaranya iaitu Ahmad Dayyan atau dikenali sebagai Amad pada malam persembahan program Talk To My Manager (TTMM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti berkongsi video sesi latihan Amad bersama penyanyi Nadeera yang berjalan dengan lancar, menegaskan anak saudaranya itu berada dalam keadaan baik serta sihat untuk melakukan persembahan. Namun begitu, keadaan tiba-tiba berubah ketika persembahan sebenar.
“Keadaan Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan. Namun takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale.
“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam, pasti tahu apa yang berlaku, untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu,” tulisnya di Instagram.
Artikel berkaitan: Amad Rebah Sebelum Selesai Persembahan, Shuib Tak Nafi Kemungkinan Berlaku Gangguan Mistik
Artikel berkaitan: “Cukup-cukuplah beri komen negatif” – Anak Ina Naim Tampil Bersuara, Perjelas Sebab Tindakan Ibunya
Siti sangkal spekulasi netizen
Dalam pada itu, Siti seolah-olah memberi bayangan bahawa ada unsur luar yang mengganggu tumpuan dan kondisi Amad.
“Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang berlaku, bukan faktor kesihatan, kesan dari komen-komen atau penat tetapi sebagai manusia biasa, kita percaya dalam kehidupan kita, ada hal-hal luar dugaan, hal-hal tak masuk di akal tetapi itulah hakikatnya,” jelasnya.
Malah, pada malam kejadian, adik kepada Amad iaitu Aisy turut mengalami perkara sama dan beliau mendoakan agar mereka dilindungi tuhan sentiasa.
Malam tadi, Amad tiba-tiba rebah sebelum membuat persembahan di konsert Grand Finale TTMM.
Sumber: Instagram