Pasangan yang masih bertunang dari Johor Bahru telah ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam. Difahamkan perbuatan mereka yang tidur sebilik di rumah keluarga wanita tidak tidak dihalang oleh ibu wanita itu sendiri.
Serbuan itu dibuat kira-kira jam 2 pagi di sebuah unit pangsapuri di Johor Bahru selepas JAINJ menerima aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral di lokasi berkenaan.
Artikel berkaitan : Selingkuh Dengan Isteri Orang, Duda Sembunyi Atas Pendingin Hawa Untuk Elak Dicekup Khalwat
Artikel berkaitan : Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Beri Alasan Sedang Ulang Kaji Pelajaran Dalam Kereta
Kalau ditegur nanti merajuk – Ibu
Ketika JAINJ tiba di lokasi pintu grill rumah tersebut, ia didapati tidak berkunci sebelum dibuka kira-kira empat minit kemudian oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an.
Berdasarkan pemeriksaan lanjut, ada beberapa kanak-kanak berada di ruang tamu sementara sebuah bilik yang berkunci dibuka 5 minit kemudian oleh seorang wanita berusia 20-an yang berpakaian santai.
“Di dalam bilik itu turut ditemui seorang lelaki berusia 30-an sedang duduk di atas katil. Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit merupakan tunang sejak dua tahun lalu namun belum merancang tarikh pernikahan.”
“Lelaki berkenaan berstatus duda anak satu dan bekerja di seberang Tambak Johor manakala wanita tersebut bekerja di Johor Bahru. Mereka dikatakan berkenalan ketika bekerja di sebuah pasar raya.”
Lebih mengejutkan lagi, ibu kepada wanita berkenaan tahu mengenai perkara tersebut, tapi memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu anaknya tersinggung.
“Kalau tegur, anak merajuk.”
Menurut sumber, lelaki tersebut menyewa di rumah lain yang tidak jauh daripada lokasi serbuan dan hanya datang pada hari-hari tertentu.
Pasangan terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Sumber : Sinar Harian