Sehubungan dengan isu lagu rakaman semula lagu Sinaran yang diberi ‘nafas baharu’ oleh Rossa dalam EP berjudul Asmara Dansa, Dato Rossa difahamkan telah menghubungi Nora Ariffin untuk menyelesaikan hal ini. Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Nora di Instagram.
Menerusi IG Story miliknya, Nora memaklumkan bahawa dia telah dihubungi Rossa untuk memberikan penerangan tentang isu ini.
Disebabkan itu, ia membuatkan Nora memuji sikap dan tindakan Rossa yang sangat memahami dan memberi kerjasama mengenai isu ini. Katanya, Rossa juga berharap agar Nora boleh mendapatkan haknya.
Artikel berkaitan : “Sebagai pewaris, saya hanya nak tahu” – Rossa Rakam Semula Lagu Sinaran, Nora Ariffin Persoal Siapa Beri Izin
Artikel berkaitan : “Ada gangguan daripada pihak luar” – Anak Sulung Nora Ariffin Dedah Hubungan Dengan Dr Rusydi
Sebelum ini, Nora telah tampil bersuara selepas Rossa memuat naik teaser lagu Sinaran dalam EP Asmara Dansa yang dinyanyikan bersama MK K-Clique, ia merupakan lagu rakaman semula yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid pada 1980-an.
Lagu Sinaran merupakan lagu ciptaan daripada komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan suami Nora dan Allahyarham Adnan Abu Hassan. Oleh itu, sebagai waris Nora mempersoalkan tentang siapa yang memberi keizinan untuk merakam semula lagu tersebut.
Sumber : Instagram