Penyanyi dan usahawan Nubhan menyangkal dakwaan bahawa wujud orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Jelas Nubhan, dakwaan terbabit tidak benar sama sekali dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca sebenar perpisahan mereka.
“Saya faham banyak spekulasi dan berita perceraian saya ini mengejutkan ramai pihak.
“Orang boleh fikir macam-macam, cuma saya mohon semua hormati proses mahkamah yang sedang berjalan. Saya juga mengharapkan yang terbaik buat diri saya dan pihak sana,” katanya.
Artikel berkaitan: “Sekiranya disahkan, dikira talak dua” – Nubhan Didakwa Sudah 2 Kali Lafaz Cerai, Rujuk Semula Pada 2017
Artikel berkaitan: Isteri Tidak Tahu Nubhan Ada Beli Rumah Di Dengkil, Kes Cerai Tangguh 2 Disember
Nubhan juga memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan memandangkan kes masih dalam proses perbicaraan.
“Tiada siapa pun yang mahukan (cerai) perkara seperti ini berlaku. Jadi saya tak boleh komen lebih kerana isu ini masih dibicarakan di mahkamah.
“Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Banyak hati yang perlu dijaga, jadi biarlah mahkamah yang tentukan,” ujarnya.
Menurut laporan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes perceraian mereka.
Ketika ini, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya.
Sumber: mStar